Friday, March 11, 2022

Kembali 2022

Februari 2022 suda
Kembali menjengah sebab nak bagitahu
Covid still there, this time with Omicron verse

Amni jadi ahli keluarga terdekat positif Covid
Di sekolah, sehari sebelum kertas SPM perdana pertamanya
Alhamdulillah, selesai kuarantin 7 Mac 2022 yang lalu
Sejarah SPM Amni bermula dengan kertas Sejarah 😊
Amni perlu ambil set kedua untuk lima kertas SPM nya
Bahasa Jerman, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Maharat Quran
Amni sangat-sangat okay, sangat positif walaupun positif

Perancangan Allah jualah yang terbaik.
Asalkan Amni sihat, tiada yang serius Syukur Alhamdulillah.

Aku dah berkali kali kali kali jadi kontak rapat
Bersambung-sambung kami laki bini
Alhamdulillah, sekeluarga sihat sejahtera.
Masih, berkat doa mak, keluarga dan rakan-rakan.
Dengan kehendak Nya. Pasti.

Sebenar-benar, jemu melayan Covid.
Hadirnya pasti ada hikmah. Tahu itu. Tapi jemu juga.
Terpaling suka tiada sudah majlis-majlis tak perlu.
Atau, aku perlu enjoy saja momen ini.


Enjoy the silence, the serenity, the calmness.

Rindu nak travel. Travel tanpa gusar.
Merata Covid, masih juga travel.
Travel berjaga-jaga.
Nak ber OOTD kena buka facemask.
Leceh 😂

Dalam cuti Mid Sem. Seminggu dalam radius Kuala Langat.
Terpaling jauh ke Tanjung Sepat.
Awalnya seronok sebab cuti kan. Tengahnya mula rasa bosan.
Hujungnya, eh nak cuti lagi. Dasar orang tamak.

Pemandangan dari Jeti Kasih Tanjung Sepat

Nak istiqamah update blog.
Kalau mood hilang, rajin aku kembali kesini membaca koleksi momen sendu.
Terhibur sendiri, tapi belum istiqamah.
Mungkin hari ini permulaannya?

Doakan.

Monday, July 5, 2021

Kembali

Dah lain sangat setting blog, setahun lebih tak update 
Hari ni rasa nak update jadi terkial-kial 
Untungnya masih ingat kata laluan

Cerita terkini 
Sekarang PKP 3.0, Selangor extra lagi jadi PKPD
Bertuahnya kami sekeluarga
PKP 1.0 di Senaling
PKP 2.0 dan 3.0 di Jugra
Berbeza anginnya

Kes Covid 19 di Malaysia masih tak surut 
Semalam kes 6000 lebih 
Katil untuk pesakit Covid 19 paras 4 dan 5 mencapai 85% di Lembah Klang 
Covid 19 sekarang dah ada varian baru, alpha beta, gamma ja aku belum dengar 

Dari Aidilfitri bulan 5 hingga bulan 7, hanya berlegar 10km radius dari rumah 
Tidak dibenarkan merentas daerah 
Terakhir jumpa mak face to face sebelum Aidilfitri, sempat berbuka puasa sama-sama
Sekali jumpa adik nombor 5 dan anak-anaknya
Kakak dan lain-lain adik, jumpa atas talian

Aku dah divaksinkan dengan Pfizer (sebut dengan silent P) 2 Julai 2021
Suami bakal dapat vaksin 7 Julai 2021 nanti, jenis vaksin ta tau lagi 

Anak-anak masih PDPR 
Amni di asrama tahun ni hanya sebulan 
Selebihnya di rumah 
Kembar pun sama, belajar di sekolah sebulan 
Selebihnya di rumah 

Kebetulan, matrikulasi cuti semester akhir lama 
Dari Aidilfitri sampai sekarang 
Dalam cuti 
Seminggu aku menanda kertas peperiksaan 
Seminggu aku tulis kertas kajian untuk ICTDL 
Seminggu aku tulis kertas kajian untuk KonPPi-1

Berminggu-minggu aku deko rumah 
Dah tak kuasa nak tunggu duduk rumah sendiri baru nak deko 
Umur pun tak tahu panjang mana

Friday, June 26, 2020

Sharing is Forever Caring

Worth reading, so shared here https://nickwignall.com/stay-motivated/ before I lost the address

Friday, May 22, 2020

Jalan Jalan 2019

Acara Tahunan : Hari Keluarga Opah Nora&Atok Napiah
D'Muslim, Teluk Panglima Garang

Keluarga Bahagia Kami Jalan Jalan

Hujung Minggu
Yenni Duplex
KL SOHO
Gunung Datuk
RRP Morib
Taman Mini Asean, Melaka
Bayou Lagoon

Kembara Cuti Sekolah Awal Tahun
Cameron Highland

Kembara Cuti Sekolah Hujung Tahun
Cameron Highland : Sarapan
Cameron Highland : Chill di Ladang Teh
Cameron Highland : Photoshoot 
Cameron Highland : Homestay dan Pasar Malam
Pulau Pinang : Beratur
Homestay Kg Agong : Sarang Burung
Homestay Kg Agong : Basikal atau Buaian?
Homestay Kg Agong : Pemandangan Cantik Cantik
Singgah Makan Grik : Castella Cafe
Lepak Jap di Hentian Rehat Titiwangsa
Sarapan di Ayang Cafe Jalan Masjid Langgar
Pantai Senok versi Pulau Nami Korea?
Hasil Rakaman di Pantai Senok
Misi Cari Nasi Kerabu Yati Percik
Warung Pok Loh Milo Tonggeng
Art Street Berhampiran
Makan Kenduri
Terengganu

Dating Dua
Funride Batu Kikir
Jamboree Moncheh
Kayuhan Mingguan :

Kerja Trip
Palm Hotel
Jalan Bellamy
KMKJ Pontian, Johor: PESSKOM

Me Time
The Navigator : Tanah Aina

Friday, May 8, 2020

Ulangtahun ke Empat Puluh Dua

Hadiah dari Iman. Aku suka hadiah minimal macam ni.

Alhamdulillah, Allah izinkan aku bernafas di muka bumiNya untuk kali yang ke empat puluh dua. Tu baru kira tahun, kalau convert ke bulan, ke minggu, ke hari, jam, minit, saat, detik... 

Allahuakbar. Malunya.

Malu kerana amal tak setimpal dengan nikmat yang DIA kurnia.

Eh, touching pula aku taip entri kali ni. Nikmat masa yang terluang agaknya. Jadi berkelapangan muhasabah diri.

Hadiah dari suami. Terima kasih.

Tahun lepas suami origamikan kertas ungu bentuk kemeja. Tahun ni lebih sweet bentuk hati. Manis sangat tau, semanis gula-gula kundur. Mungkin sebab kertas origami kini bertukar warna 😁 .

Tuesday, April 28, 2020

Jalan Jalan 2020


Kesempatan Allah Kurnia. Alhamdulillah.

Acara Tahunan : Hari Keluarga Opah Nora&Atok Napiah

Keluarga Kecil Kami Jalan Jalan

Hujung Minggu
Batu Kikir N9 : Teratak Zaaba
Terachi N9 : Makam Tuan Tulis

Kembara Cuti Sekolah Awal Tahun
~stay safe stay home covid mco in memories~

Kembara Cuti Sekolah Hujung Tahun
-not yet-

Dating Dua
Kayuhan Mingguan : Bukit Langkap
Kayuhan All Time Favourite : Route Kambing Pendek
Kayuhan All Time Favourite : Bukit Pilah Bike Park

Kerja Trip
-not yet-

Me Time
-not yet-

Setakat Mac 2020, ini dulu tempat yang Allah izinkan aku/kami kunjungi. Dalam senarai ada banyak lagi ni, terutamanya sekitar Negeri Sembilan. Istana Seri Menantilah terutamanya ehmmm... Moga Allah izinkan kelak, bila masa yang terbaik itu tiba. Tidak mengapa, aku/kami sedia menunggu. Asalkan Malaysia bebas. Seluruh dunia bebas.

Bebas dan belajar. Alhamdulillah.

Monday, April 20, 2020

Weekly Hike : Bukit Jugra (All Time Favourite Spot)

Sepuluh tahun lalu aku dah bercerita tentangnya di sini dan di sini. Tahun ni cerita lagi. Tahun depan lagi. Tahun-tahun depan cerita lagi. Tak jemu-jemu. Tak pernah jemu. Mungkin sebab bukit ni paling hampir dengan tempat kerja. Habis kerja boleh terus zoom hiking, dan turun... nah selesai hari ini punya workout. Tak pun aku akan berbasikal panjat Bukit Jugra. Pun layan.

Sebenarnya di Banting lebih tepat di KM Selangor aku ada banyak opsyen untuk workout. Lebih pelbagai. Selain hiking dan berbasikal, aku ada geng swimming, ada coach untuk main tenis, ada partner nak main badminton atau squasy, brisk walk, nak jog trek pun ada. Tapi entah kenapa kalau pergi ke Bukit Jugra samada tuk hiking atau berbasikal hari-hari aku tak jemu. Tak tahu nak khabarkan betapa istimewanya Bukit Jugra di hatiku.

Kalau berbasikal bolehlah dapat view ni.




Kalau hiking banyak view yang lebih pelbagai untuk aku tengok.

Kebanyakannya cantik-cantik. Tapi ada sekali tu, menakutkan. Aku dan Fida jumpa monyet... monyet ke? Besarnya Masha Allah. Macam beruk. Tapi kurus. Kalau dia merangkak, merangkak ke? Ya Allah tak tahu nak describe, tapi setinggi anjing. Ntah apa tah sebenarnya dia. Aku pun tak tau.

Asalnya aku nampak dulu. Dia di atas sebatang pokok yang tumbang sedang memerhatikan kami. Automatik aku terus berhenti tunggu Fida mendekat. Aku berbisik, "Fida kau nampak tak?" Masa tu aku sedang berkira-kira nak berpatah balik, risau diterkam ia.

Pada tika itu, 'monyet' tu berlari melintas kami dan menghilang. Nasiblah Fida pun nampak, walau pun hanya bahagian belakang. Maknanya realiti. Kalau tidak, malam tu aku tak boleh tidur rasanya. Haishlaaaa.

Takut... takut pun. Esok lusa tulat tetap juga kami kunjungi Bukit Jugra. Alhamdulillah sekali tu aje ia menampakkan diri. Tapi musim MCO ni, Bukit Jugra trail hutan dilarang masuk. Iyela, faham kena kawal pergerakan. Cumanya nanti kalau berakhir semua ni, tape kuning ni ada lagi tak? 

Ehmmmm... rindu.