Wednesday, April 13, 2011

Allah Maha Adil

Aku nak citer pasal satu citer dongeng Negara Cina yang stil aku ingat sampai skang.

Alkisahnya, adala seorang hulubalang negara Cina yang ta puas ati ngan Rajanya yang hensem kacak sebab tidak dipilih sebagai Bendahara negara.
(Hulubalang (H), Raja (R), Bendahara (B))

H : Rajaku yang ensem, napa saya ta layak jadi Bendahara. Ta cukup comey ke saya?
R : Eh, mana ada? Awakla insan yang paling sweet penah saya jumpa di alam semesta. *wink*wink*
H : Pastu napa Dia yang tuanku pilih? Da la comot, huduh lak tu
R : Cengginila, apa kata ko gi kat tepi sungai tu jap. Peratikan pe ada bawah pokok.
H : Baikkkkk.... *sambil lari2 anak*
R : Wehhhhh.... nanti jangan lupa datang balik tau...

3 minit kemudian
R : Pe yang ko nampak?
H : Kucing dengan anak2nya
R : Ada berapa ekor anaknya?
H : Alamak lupa lak nak kira.... Jap saya pegi tengok lagi

3 minit kemudian
H : Ada 3 ekor tuanku
R : Berapa ekor jantan, berapa ekor betina
H : Alamak lupa nak check ***nya.... jap saya pegi tengok lagi
R : Pegilaaaa.... *sambil goyang kaki dan kunyah chewing gum*

3 minit kemudian
H : 2 jantan, 1 betina
R : OK... skang ko panggil Bendahara

Sekonyong2 Bendahara yang ta kacak pun datanggg
B : Ada apa tuanku
R : Gi jap tepi sungai, perati bawah pokok ada per?
B : Okayyyy bebeh...

3 minit kemudian
R : Pe yang ko nampak?
B : Ada seekor kucing dengan 3 ekor anak2nya tuanku. 2 jantan 1 betina
H : Wowwwww....

So, kesimpulannya.... Allah itu Maha Adil. Menciptakan manusia itu ta sama level. Ada yang bijak, ada kurang bijak. Kalau anda tergolong dalam golongan yang bijak itu, ada gaji besar, keta besar, suami o isteri besar, bersyukurlaaa. Dan kalau anda tergolong dalam yang kurang bijak, gaji kecik, keta kecik, suami o isteri kecik pun bersyukurlaaa... Pasti anda kebaikan diatas perjalanan hidup yang Allah aturkan untuk kita

Kalau sume bijak pun susah tau.... Sapa nak keje ngan Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran tuk sapu sampah, kutip sampah. Sapa nak keje ngan Indah Water kalau sume nak duk kat ofis beraircond? Rezeki itu ada dimana2.

Bersyukurla jika kita ada kerja yang baik dan duit yang halal tuk diri kita dan anak2 atau bakal anak2 kita. Dan jangan pandang hina atau amik kesempatan kat orang yang bergaji kecik. Mungkin gajinya kecik tapi berjiwa besar?

**Ta penah lupa senyum dan tegur kakak yang sapu sampah dan cuci toilet kat ofis ni**
p/s : peringatan tuk diri sendiri gak yang sering kurang bersyukur.

No comments: