Thursday, April 21, 2011

Almost 1 year...

Ehem, ehem.... Hari ni kami cuti dua minggu setengah tapi aku berada di cube. Watpe? update blog? Terrrrrrrupdate sebenarnya, actually tengah tunggu member nak gi gym. So, dalam kesempitan ada kesempatan kan?

Dah hampir setahun rupanya aku di kolej ni. Dan hampir setahun gak aku berubah angin. Dan hampir setahun gak aku berada di jalan yang sama tapi haluan yang berbeza...errkkk...dua tiga menjak ni aku pandai bermadah pujangga... (teda taman pun dalam hati!!)

Suasana kat kolej sangat2x7=14 sangat best. Maybe terexcited ngan suasana baru buat aku rasa best. Dan honestly sangat hepi, sangat free, sangat sangat... dan akhirnya jadi sangat malas!

Aku baru perasan satu mende, aku rasa potensi sebenar aku ta digunakan sepenunhnya. Kalau di skul memang tenaga kena kerah habis-habisan. Sampai stress gilerrrr.... Dahla jalan nak gi keje jem, asyik dapat tugas yg sama hampir 7 tahun, kena lak keje2 tahap CEO... eh tedala macam tu tapi memang keje2 yang orang akan cakap.....

"Nasib baik aku tak kena..."

Aku sampai rasuah SU sukan ta mo dokumentasi merentas desa tau! Bukan rasuah duit sebab aku bukannya kaya sangat, rasuah ngan kebaikan hati....ececehhhhh...

Di skul aku selalu cakap...

"Ya Allah bila la nak free ni?"

Dan Allah selalu kabulkan permintaanku. Tapi aku lak yang ta pandai menggunakan waktu free ni bila dah berada di kolej. Manusia memang ta reti bersyukur....Manusia tu?aku la tu, jangan lak kowang terasa

Skang ni aku mengharapkan keje yang sedang2 je, Ta banyak macam kat skul, ta sket sangat macam kat kolej semester lepasss.... Aku berdebar menunggu semester depan, gerenti havoc dan bertempiaran sume lecturer IT dan aku harap waktu itu aku akan menggunakan sepenuhnya potensi aku yang berkilauan bak rantai tangan kat Tomei yang memang cantik giler....RM24k... Hehehe...leh dapat punya.... DALAM MIMPI....Ceh aku memang pandai melalut....

Eh, pe tadi? Oooo...Best ke cuti? Aku prefer bekerja sebenarnya. Cukupla cuti Sabtu dan Ahad. Dan Ya Allah berikanla sume manusia di muka bumi ni keje yang sedang2 je. ta banyak sangat, ta sket sangat. ta susah sangat, ta senang sangat. kira

"yang sedang2 saja...yang sedang2 saja...."

Cepat! 'Amin'kan ramai2....

No comments: