Sunday, October 9, 2011

mari berdiet di hujung minggu

Cuti hujung minggu biasanya akan dikaitkan dengan lepak di umah. Memang akan ada insan terpilih yang berkerja pada hujung minggu. Ya, mereka itu biasanya Indonesian, Myanmar, Pakistani, Vietnam, Filifino, Bangladeshi dan... Eh Ehh Ehhh awak Malaysian tapi bekerja juga hari ni? Ya, tandanya anda juga terpilih bersama-sama mereka berkhidmat untuk negara tercinta... Malaysia.

Tapi saya ta kerja hujung minggu ni. Makanya dudukla daku ngan jayanya di umah. Tidur, makan, layan AmniD, AminD dan ImanD tengok Wonderpets dan segala macam kartun di dunia ni sambil tidur lagi...Wohoooo bosan tengok citer berulang tau. Pernah alaminya? Jika ta pernah maka rugi besar. Maha besar kerana tidak tahu apakah nama tiga sahabat baik dalam Wonderpet (mimi, tak, min min), ataupun apakah alat femes dalam poket Doraemon (pintu suka hati) atau siapakah nama sepupu Dora (Diego) atau sifat Hagemaru dan famili yang paling melampau (kedekut melampau)... Saya tahu...Awak tahu???

Ok, nak bagi info yang ta seberapa ni iaitu apakah apakah yang anda perlu buat untuk mengelakkan makan banyak di umah.

1. Sila kenalpasti isipadu peti ais anda
Ya, silalah isi peti ais anda yang leh wat cermin tu dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan lauk pauk yang segar sahaja. Yang ta segar tidak diperlukan. Say No to chocolate, sweet, and to all unnecessary junk food. Bila tiada makanan2 yang melalaikan ni, anda tiada pilihan selain makan apa ja yang ada bila kebulur.

Rumah awak tiada peti ais? So abaikan saranan nombor 1

2. Standby sekotak atau berkotak-kotak Dentyne/chewing gum
Sejak dua menjak ni saya da bijak mengunyah Dentyne/chewing gum (Dentyne kotak ungu dan merah paling best!) Memang bahagia sebab rupa-rupanya dengan mengunyah Dentyne/chewing gum memang keinginan untuk makan hampir boleh dilupuskan. Saya da banyak kali baca di majalah tapi ta pernah pun mengaplikasikannya. Dan selepas mencubanya ternyata memang benar ia berkesan. Maka cubalah.

Awak makan chewing gum yang ada gambar kanak2 riang pembalut warna merah dan gumnya ada 4partition tu? Oh itu pun boleh diterima pakai.

3. Jadikan botol air 2L sebagai skandal #1
Anda pikir anda di rumah maka anda akan minum 7 gelas air kosong??? Setakat yang berlaku pada diri sendiri, saya lebih berdisiplin di tempat keja berbanding di rumah. Sebab datang ja ofis terus isi botol air besar tu dengan air kosong. Pastu angkut ke mana-mana kecuali ke bilik air. Tapi di rumah ta leh jadi macam tu. Makanya kena praktik sama seperti dibuat di ofis. Isi botol 2L ngan air dan kendong ke mana-mana. Maka perut akan sentiasa penuh.

Dan kalau rasa lapar maknanya anda memang betul2 lapar...Yang real punya...Bukan sebab perut awak yang tadi pada jam 10.05 pagi da makan 4 keping roti canai, tetiba jam 10.57 pagi mengidam nak makan nasi Bukhara kambing lak...Cehhhh perut mengada namanya.

4. Aktifkan diri anda di setiap pelusuk rumah
Rumah awak, rumah saya ialah rumah yang macam rumah manusia sebab awak dan saya manusia. Iyela maksudnya yang paling asas mesti ada ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur. Ada sesetengah orang paling aktif di ruang tamu (giler TV), di dapur (suka memasak), bilik tidur (hobi membuta) dan bilik air (sakit perut???).

So, entri ni khas untuk yang sangat produktif di dapur. Kalau anda disiplin, baguslah. Tapi biasanya tidak. Sambil masak sambil makan dan makan lagi. Kuantiti yang dimasak lebih sedikit berbanding yang dimakan kannnn? Jadi apa kata sebaik saja masak (sambil kunyah Dentyne/chewing gum) lari gi ruang tamu tengok Jalan2 Cari Makan (jadilaaaa ta dapat makan, tengok ja la orang len makan) atau gi bilik tidur tuk mengemas...Mengemas tau bukan membuta.

Tu sebab saya ta suka ke dapur, bukan sebab saya malas nak memasak... Eh eh ehhhh...awak pun malas gak kan?

5.Jadikan penimbang berat skandal #2
Sila jadikan rutin untuk menimbang berat pada hari Jumaat pagi. Dan selepas tu timbang berat lagi pada Sabtu petang dan Ahad petang. Kalau naik? Sila kecutkan usus2 kecil dan besar selain saluran esofagus anda (bajet macam doktor la plak). Kalau stay the way you are? Maka leh la makan secara bersukat (Sila ambil penimbang makanan dan timbang nasi yang anda mahu makan) Tapiiiii kalau kurang?... terus kuar umah gi Pizza Hut makan lasagna.... (walau pun hanya turun 105.75 gram ja)

Oh awak kurus uda dan rasa macam ta bermanfaat entri ni untuk awak?
Kalau macam tu saya dedikasikan perenggan pertama dan kedua tu khas untuk awak la....
Bahagia?

No comments: