Friday, November 18, 2011

Hitam Vs Putih


Ini kereta kesayangan saya. Warnanya hitam.


Ini kereta kesayangan orang. Warnanya putih.

Masa beli kereta pada tahun 2005, aku ta pernah kesah apa pun warna keta aku. Janji aku ada keta dan keta itu haruslah baru. Tapi bila drive ke sana dan ke sini, apatah lagi bila tinggal plak kat area subang yang ngetop dengan jalan yang jem maka ta dapat la daku mengelakkan diri dari melihat ke arah keta orang len. Aku ta berapa nak heran sangat dengan jenama keta ni sebab aku pandai ukur baju di badan sendiri (dalam erti kata lain ta mampu). Tapi rajin gak aku peratikan warna keta orang.

Antara warna yang paling la paling menarik perhatian ialah warna putih. Nampak suci ja keta kalau warna putih dan pemandunya plak nampak lebih ensem dan sweet (ta da kaitan). Terus pasang impian kalau ada second car mau yang warna putih juga. Kalau ta mampu second car, keta skang ni aku nak tukar catnya jadi warna putih. Dasat tul penangan warna putih ni dalam hidup haku dan keta haku. Memang agak taksub juga la aku dengan keta putih lagi-lagi bila terbaca satu artikel yang mengatakan keta putih paling kurang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tapi info tu memang betul especially kalau malam. Keta warna putih memang akan lebih jelas kelihatan.

Namun, bila satu ketika berpeluang memerhatikan kereta rakan sekerja yang berwarna putih dari dekat....Alahai, runtun jiwa bila tengok ketanya berbelak-belak, atau orang jawa kata bertompok-tompok, atau omputih said stain. Bukan di seluruh body tapi di part-part tertentu. Ketanya masih baru lagi, WR... Baru la tu kan kalau nak dibandingkan dengan keta daku.Member bilang kena rajin polish keta putih dan sangat susah mau dijaga warnanya....Hadoiii

Nak dijadikan citer, balik kampung.... Banyaklah pulak jumpa keta warna putih. Honda, MyVi, Nissan.... Tapi comot bangat! (Sebab musim hujan masa tu) Jadi benarlah kata orang yang kereta putih memang susah nak dijaga. Dan kesimpulannya, aku akan kekal setia dengan warna hitam asal Savvy daku. Sebab aku sangatla kurang rajin tuk membelek body keta. Dalam satu tahun, aku basuh keta 7 kali ja. Bukan kurang rajin mau basuh keta tapi sebab aku suka nombor 7. Jadi lepas cukup 7 kali basuh aku bagi kedai lak yang basuh.

Lagi satu smart giler ah kalau pakai kita hitam. Nampak gengster sangat kalau drive keta warna hitam. Ta nampak pun berbelak-belak warna keta, calar balar pun ta berapa nak nampak melainkan guna mikroskop. Dan yang paling super duper best bila ta basuh puluh-puluh hari, stil ta nampak sangat kotor. Kesimpulannya masih boleh bergaya pakai keta hitam ni. Lagi satu kalau habuk da tebal sangat kita leh ukir nama kita atas bonet depan keta dengan jelasnya. Contohnya : Keta ni Ana punya...Stylo kan? Dan sudah pasti proses mengukir tu dibuat dengan jari. Jadi awak diluar sana, maybe mau ubah fikiran tukar warna keta jadi hitam?

Pesanan penaja : Pernah jumpa satu keta warna putih yang memang sangat2 bersih tahap boleh buat cermin muka. Teringin sangat sangat sangat nak jumpa ownernya tuk cakap "I adore you so much. I Love You. Leh sign di tapak tangan saya?"...Heheee

3 comments:

Anonymous said...

ehh..ko beli la basikal warna putih...ok ape...
hehehehe
ns

Ana said...

eh bernas gak idea ko tu....
aku beli skang...hehee

Ana said...

eh bernas gak idea ko tu....
aku beli skang...hehee