Wednesday, March 21, 2012

Famili (Mohd Napiah + Noralawiah)'s Day

Hanya satu ayat dapat menggambarkannya... "sukses"
Alhamdulillah. Walaupun pelbagai halangan datang melanda tapi akhirnya berjaya kerna dengan izinNya jua. So, citer pasal famili day dalam bentuk point. lebih muda, tenang, senang untuk dihayati.


Upacara menyambut tetamu.
Day1 - tema baju warna orange

1. Tempat kejadian - Teluk Kemang, Port Dickson, N9.
Ni kali yang ke..??? Jap kira. 1st time wat di Lost World of Tambun, 2nd di Teluk Batik, 3rd di Cameron Highland dan yang ini kali ke-4 la. (Eh betul rasanya aku kira...Ehmmmmm)

2. Tarikh kejadian - 14 - 16 Mac 2011


View from our balcony

3. Penginapan di TM Resort (agak murah sebab Rodziah staf TM... Yeay!)
Serius, TM Resort sangat best sebab ada swimming pool plus dekat dengan pantai. Dekat juga dengan tapak ekspo. Malam-malam leh dengar orang karaoke sambil ketawa-ketawa bila suara sumbang yang disumbangkan. Hehe...lawaks.

4. Kami adik beradik telah dibahagikan tugas membentuk AJK gitu.
1.1 AJK Makanan - Along @ Kak Gee
1.2 AJK Aktiviti - Dok Bah @ Hidayah
1.3 AJK Baju - aku @ Siti Norhana
1.3 AJK Penginapan dan Bendahari - Yah Cikunit @ Rodziah
1.4 Eh Aika @ Mohd Kamal wat pa eh? dan Beah @ Arba'atun ????
Ke Korang dikecualikan sebab ada baby?

5. Antara dugaannya kali ni ialah ramai orang tak sihat plus tayar pancit lak, but stil datang untuk menjayakan program. Terima kasih sebab datang juga dengan niat mahu menggembirakan hati mak n abah. Orang tua mana yang tak gembira bila lihat satu famili berkumpul selain dari Hari Raya? Cer citer?


Bebudakla terpaling happy.
Day2 - tema baju warna biru.

6. Fakta menarik, aku leh terapung dan berenang kuak lentang. Weeeeee... satu kejayaan yang besar. Patut diraikan dengan belikan diri sendiri wangian Laugh Often-Reese Witherspoon. Ya, bukan sekarang... tunggu gaji masuk dulu Khamis ni.

7. Fakta paling menarik, kami BBQ dalam keadaan hujan lebat,guruh berdentum... Memang terbaekkkk...

Sempat gak posing b4 hujan mencurah


Tukang hidup bara api. (Hanya berjaya kalau ada mak...Heheee)

8. Time nak balik, bila nak lunch, sumer orang dah ta lalu makan ayam. Akhirnya kami makan asam pedas cencaru dan kembung dengan ulam dan sambal belacan. Yum Yum... Dappppppp nya.

Sumer kebuluran uda.
Day3 - tema baju warna merah

9. Kami berjaya nek Banana Boat 2 trip, Donut 1 trip dan bot 1 trip dengan bayaran RM170 setelah puas melobi brader tu. Jimat woooo... ikutkan satu trip banana boat RM70, bot RM 50 dan donut RM 50... Jimat RM70 tu...

10. On da way nak balik singgah di Ostrich Farm. Kira ok la gak bila bagi makan kat ostrich tu, dia makan sekali tangan aku. Tak sakit mana pun. Budak-budak lak leh belasah arnab-arnab yang bertebaran di ladang tu.

11. Pastu sumer orang diangkut balik ke Jugra. Tapi ntah napa perjalanan yang sepatutnya 1 jam jadi sampai 2 jam. Konpius den. Serius, masa we all datang memang ta sampai 2 jam pun. Haihhhh... misteri ni.

12.Kos keseluruhan:
RM88 (penginapan 3h 2m)
RM45 (banana boat, boat, donut)
RM90 (makan n makan)
Jimat sebab berkongsi 5 orang... Betullah sepakat membawa berkat.

13. Yang paling terkesan sekali kepada ku hasil dari Famili Day ini ialah.....Jeng Jeng Jeng
S.U.N.B.U.R.N... Yeahhhh... Terbaekkkkk

No comments: