Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan - Nostalgia #2


Salam Dari Jugra dan Salam Ramadhan Kareem

Memang sengaja me 'psiko' kn diri sendiri dengan meletakkan tajuk entri lepas dengan #1. Sebab bila ada #1 mesti akan menyusul #2 kan? Jadinya aku ingin mengimbau pula zaman puasaku di sekolah menengah.

Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama yang jaraknya dari rumah mak abah ialah hanya 7kilo sahaja...hikhik. Tapi berpuasa masih lagi di asrama dan berbuka masih lagi di dewan makan. Tak pernah lagi terjadinya kejadian mak abah cuba menyeludup makanan untuk santapan aku dari luar pagar. Yang ada di luar pagar hanyalah cempedak, sebab buah cempedak kan di luar pagar? Ada ke nak jolok dengan galah? Bukan tinggi pun pokok cempedak tu (konpius).

Sambung cerita,

Dan tugas budak-budak terpaling kecik di sekolah ini yang boleh dikatakan pasti dan mesti pada bulan Ramadhan ialah menghidangkan makanan berbuka. Apa motifnya aku pun tak tau. Mungkin kesian dengan pokcik mokcik dewan makan (DM). Nak masak lagi, nak hidangkan lagi. Tapi kami enjoy ja nak wat keja ni. Terutamanya bila menu ialah ayam masak merah. Jadi bolehlah kami pilih bahagian yang kami suka macam drumstick ke, dada ke, kepak ke... Tugas ni digilirkan untuk setiap tingkatan satu je, jadi nasib-nasiblah ko. Kalau time kelas kita hidangkan makanan, menu ialah ikan pakai jaket. Maka redha itu perlu.

Oh, lupa nak cakap yang tempat duduk kami di DM adalah tetap dan berpencen pada bulan Ramadhan. Jadinya kakak-kakak angkat pun akan tidak melepaskan peluang untuk memberi pesanan yang kurang ringkas supaya dia juga dapat menikmati keistimewaan mendapat bahagian makanan yang agak lumayan. Kalau nak penaya orang pun boleh. Letak ja kulit ayam dalam tray orang tu dan buat-buat seperti ayam tu tergolek dengan sendirinya ke satu tempat yang tak diketahui. Budak-budak asrama kan suka nak dengar cerita-cerita yang mistik lagi misteri? Bestkan jadi pencetus kontroversi? Terserlah kekreatifan kawan aku tu...(takan korang tergamak terfikir aku nak wat camtu? aku budak baik dulu, kini dan selamanya)


Dan kami solat tarawih di gym. Ya, gymnasium tempat orang bersukan tu.
Sekarang nampak tak dari mana kami mewarisi kekreatifan itu?

TuAjeLahKali.Bye.

No comments: