Sunday, November 11, 2012

Menanam Tebu Di Tepi Bibir

Salam dari Jugra,

Hari Sabtu nan indah ni teringat lak kisah masa nak amik lesen ujian memandu kereta tahun 2002. Masa tu yang uji aku ialah seorang pegawai JPJ yang leh tahan juga miangnya. Ingat lagi bila dia kata dia sendiri yang pilih nak uji aku. Katanya aku ni lemah lembut (hahahaaaa...ta tahan tul part lemah lembut yang sesungguhnya sangat tak betul). Pastu dia cerita pasal arwah isteri dia. Dalam hati aku cakap, tah betul tah idak arwah. Tapi aku layankan ja lah. Angguk-angguk, geleng-geleng, senyum-senyum gatal jugaklah aku. Mau pass mehhhh. 

Pastu bila dah sampai kat Pusat Memandu tu dia bagi aku nombor telefon dia. Siap pesan "Nanti telefon tau". Mulut aku manis ja jawab "Ya..." pastu sambung kat dalam hati "kalau nombor tu aku tak buang". Masa nak bagi markah dia tanya aku "Nak berapa markah ni?". Fuiyooo siap aku pilih markah tewww. Nasib baik markah lulus 80 ke atas. Kalau idak aku pilih nombor feveret 75.78. Manis bicara aku bagitau, "Adik saya dapat markah sekian sekian, kakak saya sekian sekian. Kalau boleh  saya nak markah lebih tinggi dari diorang. Nak riak", Ikhlas sungguh jawapanku. Patutlah dia tergoda. Hahahaaa...

Aku teringat kisah ni sebab tadi aku pun menggunakan kaedah yang lebih kurang sama masa nak beli tayar dua biji tengahari tadi. Lebih cocok kalau aku namakan kaedah ni sebagai kaedah "Menanam Tebu di Tepi Bibir Memang Berbaloi".

BesBesFrenz kata masa raya dia tukar tayar di kedai tu harga sebiji RM148.  BesBesFrenz suruh diorang wat balancing sekali. Harga balancing katanya RM15 sebiji tayar. Jadi bajet dalam RM296 + (RM15x4) = RM356. So bila pergi kedai tu aku minta la RM148. Haram dia nak bagi. Letak RM150 sebiji.  Malas lah aku nak wat tawaran maut. Setakat RM2 tu bayar ja lah. 

Masa pertukaran tayar berlansung, jangan harap aku nak menunggulkan diri. Aku stat la tanya itu tanya ini. Ta da kaitan ngan tayar pun aku tanya. Wat lawak la kunun sampai tokey ketawa gembira. Mengada lebih ja aku. Dan bila aku bayar tuk tayar, tetiba dia pulangkan balik RM10. Pastu balancing free katanya. Wohoooo! Berbaloi bermulut manis rupanya! Dan adik tokey tu kata aku umur 27 tahun. Mulut manis juga adik tokey ni! Jangan risau maaa aku mesti tukar tayar kat situ ja nanti. 


Tayar baru dengan sport rim Hot Not For Sale Forever. Aku bagitau tokey sport rim ni pernah masuk longkang besar tapi ta bengkok lansung. Tokey belek-belek dia cakap originally dari Jepun. Hati kembang pikir berbaloi-baloi sebab beli sport rim ni ya hamat la murah!

Sesampai di umah terus cakap kat BesBesFrenz,
"Len kali biar Ana ja yang gi kedai tayar tukar, gerenti dapat diskaun lagi" dengan muka konfiden aku cakap disertai dengan secubit nada riak di situ.

Nama kedai tayar tapi ada jugak jual durian kampung. Mana kau nak jumpa kat dalam Malaysia kedai cenggini?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!






1 comment:

eizra_one said...

ingatkan tukaq taya c2 percuma durian :-)