Thursday, December 6, 2012

Mekong Delta Day4

Salam dari Jugra,

Hohoiiiii...hari keempat sudah. Fuhhhh cayalah aku ta simpan kisah Vietnam sampai tahun depan. Satu kejayaan tu. Terasa diri begitu berguna.

*Flashback 15 November 2012*

Kami bangun seawal pagi. Bersiap dan sementara nak tunggu tuan rumah prepare breakfast kami merayau kat kampung tu.

Dan pagi tu barulah nampak keindahan homestay kami yang rupanya dikelilingi air.

 Our homestay...Simply the best!

Layan perasaan kunun

Aku naik beskal tengok kampung, Moi jalan kaki ja sebab dia ta reti nek beskal. Aku offer-offer ayam tuk carry Moi nek beskal. Nasib baik dia ta nak. Jimat tenaga aku.

Breakfast kami pagi tu simple ja. Telur goreng, toast french dan pisang bersama kopi. Oh tidak kopi. Tidak. Aku terpaksa lah cakap ngan tuan rumah yang aku allergik ngan kopi. Kang nampak kuang hajar la pulak. Dah la kat negara orang. Budaya berbeza. Kang dipancung nya aku ta ka naya?

Setel sumer kami naik bot tuk bertemu ngan group kami semalam yang menginap di hotel. Bertemu dan beralih bot kat tengah sungai. Sweet ja kan? 

Destinasi kami yang seterusnya ialah floating market. Aku duk membayangkan floating market yang macam di Chatuchak Thailand. Tapiiiiii...

 Making drinks in the middle of the Mekong river

So cute! This boy helping her mother selling pineapple and banana.
 
This is floating market at Vietnam. They are selling vegetables or fruits from the boat. Can you see all the bamboo where they hang the vegetables or fruits so will be easier to identify what they actually sell.
 
View of floating market at Mekong river.
 
Sedikit frust. Tapi sekurang-kurangnya mende baru yang aku tengok tiada di Malaysia.

Pastu gi melawat kilang mee segera Vietnam dimana meenya diperbuat dari paper rice.

Pastu tu kami gi kebun buah-buahan. Hokey aku ta excited macam group member yang lain sebab buah-buahannya sama macam di Malaysia. Nangka, durian, dragonfruit, kelapa dan ada la dua tiga jenis lagi yang aku malas sangat nak ambil tahu. Excited tengok epal Vietnam je.

All fruits at Vietnam are seriously sweet.
 
Tapi lawak bila matsaleh nak nak sangat tahu nama buah nangka. Dia tanya Vietnamese, masalah bahasa seperti biasa dan aku yang tuliskan nama jackfruit atas kertas.

Dan itu je aktiviti kami. Aku syak tourist guide kami malas giler khinzir. Sebab aku tengok ada tourist guide untuk group lain bawa group dia nek beskal round-round kampung. Sedangkan tourist guide kami sibuk men dam! Cis.

Bukti! Harap muka ja leh tahan cute tapi pemalas!

Dan kat situ jugak kami diberitahu yang tour kami tuk hari ketiga dia takan bawakan. Dia suh kami pergi sendiri-sendiri nek bas sebab hanya kami berdua ja yang amik tour ke Mekong Delta tuk tiga hari. Sekali lagi. Cis. 

Fikir punya fikir dah la flight kami jam 8 malam esok. Perjalanan balik mungkin ambil masa selama 7 jam. Jadi kami putuskan ta nak amik risiko tuk tersangkut kat Vietnam. So, ikut group balik ke Ho Chi Minh City dan maksudnya ada satu hari lagi tuk shopping?

Perjalanan balik amik masa 5 jam. Singgah tuk lunch di sebuah kedai yang ada 3 ekor hanjing berkeliaran dengan bebasnya. Aku tak heran sangat sebab kedainya bersih dan hanjing tu hanjing peliharaan tokey kedai. 

Ini Vietnam bukan Malaysia yang boleh kau bajet diva suh pembantu kedai halau segala hanjing-hanjing tu. Cuma sedikit cuak bila nampak sekor hanjing comel letak kaki dia atas riba sorang tourist yang pastinya bukan Muslim, minta makanan sket. Janganla dibuatnya dengan aku. Mau aku tersepak laju-laju hanjing tu.

Aku hanya minta air panas kosong. Nasib bawa bekal teh 2in1 ngan roti Gardenia Wholemeal. So lunch aku ialah roti cicah teh. Sedih ke? Hehe. Tapi aku tak kisah pun. Nak jadi traveller yang sempoi lagi sejahtera ko taleh memilih sangat.  Ko kena survive dalam apa jua keadaan. Pengalaman baiiii.

Dan sekali lagi aku solat jamak dalam bas. Jangan nilai aku sebab itu kerja Allah.

Sampai agak petang jugalah di Ho Chi Minh. Tourist guide kami yang malas tu kami paksa carikan kami hotel bajet tuk kami menginap satu lagi malam di Vietnam since dia batalkan tour kami last minit. Dia tunjuk kami hotel di lorong belakang kedai. Lorong dia bersih giler. Dan ta rasa takut ke hapa ke pulak.

Pas setel sumer ngan hotel, kami sambung perjalanan kami ke Ben Tanh Market buat kali ke tiga. Kali ni kami nekad nak tempah baju. Sesampai di Ben Tanh Market terus masuk kedai kedai paling depan ta da survey punya. Panat! 

Pilih kain, ukur badan, tempah ao dai sumer sekali harga USD35. Tempah jam 6.30 petang dapat kul 1 petang esok hantar siap di hotel kami. Berdezup dorang kerja macam ERL.

Makan di sini...

Shopping lagi di night market dia. T_T. Duit habis.

Pastu wat lencongan tuk wat massage. Amik foot massage n facial. Baru RM60 lebih kurang.

Balik hotel,sedikit miscommunication nyaris ja ta tidur kat lobi hotel.

Sok pagi teka kami ke mana? China Town.

Buat apa? Shopping lagiiiiiii...

Pic nanti eh? Ta menyempat. Sok nak balik kampung dan makanya terputuslah segala hubungan dengan dunia maya.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: