Thursday, January 31, 2013

Metamorfosis

Salam dari Jugra,

Okay aku nak gi bekfes. Macam tah apa-apa. Baru nak taip entri terus nak gi bekfes. Ni namanya amik berkat. Haha. Lepas bekfes gi jaga exam. Pas jaga exam baru nak sambung taip entri ni. Hehe. Ok, pada hari yang berbahgia lagi bertuah ini, aku nak citer pasal metamorfosis. Bertuah dan berbahgiala sangat sebab hari ni last day exam. Wohoooo. Pensyarah memang selalu excited lebih dari students.

Apa tadi? Ya metamorfosis. Sesekali aku rasa teringin gak untuk menaip entri yang berpengetahuan. Nampaklah macam bijaksana dan bijaksini ~ kot. Mari sini dengar pensyarah Sains Komputer citer pasal metamorfosis berdasarkan pengetahuan sedia ada masa darjah 5. Ehem...

Rajah kitaran metamorfosis.

Aku orang grafik. Makanya letak grafik lebih senang. Ya lebih senang. Senang nak faham. Senang nak tengok. Dan terpaling penting senangkan aku. Ta payah taip entri panjang-panjang. Aku sibuk nak citer pasal metamorfosis sebab benda ni ada depan mata. 

Dari ulat...

Jadi kepompongggg...

Sebenarnya sebelum ni, nampak da students sibuk-sibuk tangkap gambar kat pokok sebelah kafe Orion ni. Aku ingatkan dorang ada projek Sains ke hapa. Still tak nampak gi yang pokoknya dipenuhi beluncas dan kepompong. Penuh satu pokok. Habis sumer daun dimamah beluncas. Rasa takjub. Subhanallah. Tengok depan mata sendiri untuk pertama kali. Ya, menjangkau usia yang nak ke matang pada nombor tidak pada tuannya, baru nak nampak mende-mende cenggini. Terasa diri begitu berharga.

Seperti biasa. Beluncas dan kepompong je pun, tapi rasa excited satu pakej dengan hepi tu tetap ada. Hehe. Aku sedang belajar untuk menjadi peka dan excited dengan mende-mende yang kecik-kecik. Nak tunggu dapat Porsche yang di hadiahkan baru nak excited, sampai ke tue la ta excitednya aku. Rugiiii wooooo. 

Akhirnya ~ Gini la jadinya

Ehmmm...musykil. Napa beluncas ni makan daun ja. Ta makan bunga sekali. Agak-agak kalu dia makan bunga ngan daun, mesti warna beluncas tu jadi ungu kan? Ye la. Hijau campur-campur dengan merah bukan jadi ungu ke? 

Akhir kalam, merujuk kepada citer di atas ~ bila cikgu Sains Komputer sembang pasal alam sekitar, agak-agak korang nak percaya ta?


Eh!TuAjeLahKali.Bye!

2 comments:

hawabaek said...

taknak percayyaaa, grafik saya percaya madam ;p

Ana said...

hahaha...bagus lah tak percaya...hehe