Friday, April 19, 2013

Hot Spot

Salam dari Jugra,

Bila mana member-member lain diserbu students secara berjemaah, aku plak bersendirian, berseorangan, alone. Kena terima hakikat, bila topik programming C++ menjelma, maka hot lah Computer Science punya section. Tapi kenapa ya aku tak se hot member-member lain walaupun aku leh tahan la jugak comelnya?Bukan sebab aku garang. Bukan juga sebab aku halimunan membela apa-apa. Pada siapa yang tau pasti akan tau sebab pa. Yang ta tau, tayah tau lah kot! Kihkih

Penyerbuan secara beramai-ramai telah berlaku secara konsisten pada minggu ini. 
Tetapi tidak aku...^_^

Aku di ofis ni tiada bilik, tapi kami ada partition yang dipanggil cubical. Dipendekkan nama panggil cube. Manja dan comel gittew. So, kalau aku mention cube...cube...jangan korang pikir aku maksudkan a cube of ice plop k. One of my favourite part di cube aku ni ialah di bawah ni...

 Bajet macam best ja tengok mende-mende comel gini, di kala terasa diri tak glamer tada students nak jumpa.

Siap ada inspirational words lagi.

Biasanya kalau malas menjelma, merasuk dan menghantui aku. Aku akan pusing kerusi ku untuk memandang, menjeling dan merenung ke arah sudut ini. Terasa hidup lebih bermakna, lebih damai, lebih aman, lebih tenang. Tapi tidak bermakna malas tu akan hilang lupus terhapus secara tak pasal-pasal. Nipu benor la tu. Tapi kira OK la kan dari ~ dahlah malas, serabut lak tu.

Kadang-kadang, kita mesti ada satu hot spot di tempat kerja, tempat study waima rumah kita sekali pun. Dato Dr Fadhilah Kamsah yang cakap dalam CD dia bertajuk 'Cara menangani stress dengan bijak'. Bukan aku yang cakap tau. Aku selalu dengar masa pergi kerja dulu-dulu bila mana kereta Savvyku ialah rumah keduaku. So, wujudkanlah hotspot u all sendiri. Bukan untuk siapa, untuk diri sendiri jugak. Feel dia sangat best wooo. Especially bila rasa down. Ada banyak cara lagi tapi ini salah satu darinya la. 

Dan hot spot tu tak semestinya u all kena buat macam aku sepertinya "Kau dah tada keja lain ke? Main gunting-gunting kalendar?". Leh letak gambar family. Leh letak sijil kejayaan dapat mendaki Gunung Kinabalu ke. Sijil mendaki Great Wall of China ke. Letaklah apa-apa. Janji bila kita tengok dengan kadar yang sangat pantas menyamai kelajuan cahaya, kita rasa happy dan tersenyum dengannya. Kalau tengok gambar tenuk, tapir atau cipan, kita rasa happy tak pasal-pasal. Why not? Unik bah tu...Hikhik

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: