Thursday, April 25, 2013

Tips Menjaga Exam (yang bahgia)

Salam dari Jugra,

Minggu lepas study week, minggu ni exam week dan aku selaku pensyarah yang hot sangat haruslah menjadi pengawas peperiksaan. Pada hari yang senggang ini, izinkanlah aku memberikan tips-tips untuk menjaga exam. Biasanya orang bagi tips untuk menduduki peperiksaan. Tapi aku bagi tips menjaga peperiksaan. Kreatifnya aku tetiba di minggu exam ni weh.

Menjaga exam sangatlah bahgia, seronok dan ceria. Lebih-lebih lagi apabila menjaga di dewan Antares yang aku leh kata adalah hampir sama 99.9% dengan bilik sauna. Ditokok lagi dengan cuaca sekarang yang ya hamat panas dan terik. Alhamdulillah, rezki untuk brader penjual air tebu, akak vogue penjual jambu batu dan akak comel penjual goreng-gorengan tepi jalan ke Jugra ni. Dan rezki tuk aku juga kot. Kalau aku gi sauna, paling tak mesti kena RM30. Tu kira sauna dalam kelambu gitu. Kalau bilik sauna yang gah, nak tak nak kena RM130++. Jadinya  penjimatan yang hebat telah berlaku selama lima hari. Rezki sangat kan? Kebaikan bersauna? Fuh banyak. Korang gugel lah please...Jadi meh la jaga exam korang!

Masih ingatkah lagi kempen 10 ribu langkah sehari yang dilancarkan oleh kerajaan kita satu tika dulu? Masihkah kau ingat? Haaaa...kalau menjaga exam bukan setakat 10 ribu langkah, 150 juta langkah pun kau boleh buat tau. Jangan duduk lansung. Memasang impian untuk duduk pun dilarang sama sekali. Pusinglah dewan ala-ala wat tawaf widak, nescaya impian untuk mengamalkan gaya hidup sihat akan terlaksana akhirnya. Makan bubur jagung 7 mangkuk pun mesti tak rasa bersalah sebab kalori itu akan dibakar kelak. Percayalah. Majulah sukan untuk negara! Jadi pilihlah untuk menjaga exam kawan-kawan! 

Siapa suka menari? Aku (sambil angkat tangan). Menari tak hebat mana pun. Tapi aku suka menari. Jadi pilihlah lagu-lagu catchy tuk korang tarikan. Contohnya lagu Ka Ho Na Pyar Hai, ataupun lagu Oh My Darling I Love You, lagu Boolee Chudiya pun best. Eh pesal sumer lagu hindustan ni? Erk. Ahhh abaikan tentang pilihan lagu. Kalau nak Goyang Inul pun boleh. Tapi peraturannya ialah, jangan buat giler menari depan dewan. Apakah? Menari di belakang lah. Sambil perhati budak sambil menari. Wah best bukan. Hari lain taleh dapat tau. Hanya dapat direalisasikan ketika minggu exam. Bahgia bukan?

Menjaga exam juga dapat menjadikan otak kita lebih peka. Lebih aktif ligat berfikir. Ya, berfikir. Berfikir budak mana pakai baju paling gwiyomi pada hari itu. Kasut siapa paling cool. Tudung sapa paling hot. Jam siapa paling awesome. Kalau berkenan, habis exam leh lah interbiu student tu, "Girl, you beli tudung ni kat mana?". Pastu leh terus zzoomm gi kedai berkenaan beli juga tudung yang sama. Pastu pakai sama-sama lecturer-student. Boria gitu. Wah! Tidakkah ceria hidupmu kalau hari-hari begini. Seronok woooo. Jomlah jaga exam lagi nanti sesama ya.

Elaun menjaga exam adalah sebanyak 541 260.85 rupiah. Ratus ribu tau. Bukan main-main. Macam-macam leh beli dengan nilai tu. Leh beli Ferrero Rocher 8 kotak besar di Labuan. Leh beli roti Gardenia stok dua setengah bulan. Leh beli buku Tuesday with Morrie sebanyak 5 buah di Kinokuniya. Leh beli tau fu fah 75 mangkuk. Domino large pizza 5 setengah kotak dan banyak lagi. Tak kuasa la pulak aku nak senaraikan satu-satu. Tapi kalau aku, aku prefer beli sesuatu yang nampak di mata dekat di hati seperti fruit extractor yang aku beli dengan elaun jaga PSPM yang lepas. Setiap kali nak guna, terus teringat kenangan terindah ketika menjaga exam. Hiks. Sentimental sangat ketika memerah jus buah hingga menitiskan air mata, terharu...

Oh, tak sangka pulak aku boleh senaraikan sebanyak ini tips. Membuktikan betapa bahagia dan ikhlasnya aku menjaga exam. Harapnya pada masa akan datang, aku akan berpeluang lagi menjaga exam. Tapi aku nak Antares. Sebab Antares besar.

Inilah dia mesin sauna yang besar lagi hebat. 
Tapi...
di Kolej Matrikulasi Selangor lebih sinonim dengan nama Dewan Antares Pujaan Hatiku.


Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: