Thursday, July 18, 2013

8 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Hari ni tak macam hari sebelumnya. Semangat membara itu pudar warna bila dapat surat cinta ~ arahan gi meeting RnD. Meeting...tah bila saatnya hati ini akan jatuh cinta, jatuh kasih, jatuh sayang dengan meeting. Hadirnya ditunggu dirindu. Ini, baru dapat surat, belum lagi gi meeting weiii! Walau bagaimana pun, kaki ini melangkah jua ke bilik mesyuarat eksekutif dengan begitu berat. Perlahan dan tenanglah kunun. Padahalnya aku sengaja lambat-lambat nak sampai meeting.

Dah terbayang betapa kalutnya aku nanti nak menyiapkan juadah berbuka. 6.30 petang dah kena pergi bilik senamrobik. Meeting biasanya takan pernah pandai nak berenti on time

Tetapi.

Mungkin barakahnya bulan Ramadhan. Meeting mula jam 3 habis jam 4. Terkesima sekejap dalam 0.00000000075 saat. Selebihnya, wow...hati berbunga keriangan woooo. Haha. Bagus juga bila wat meeting dalam bulan Ramadhan. Buatlah selalu selalu selalu...


Menu 8 Ramadhan :-
Kari ikan bawal putih
Pucuk paku tumis udang kering cili padi
Udang Vege Mixed
Limau asam boi
Juadah tuk memenuhkan meja makan ~ telur asin...^_^

Patutnya ada pisang goreng. Tapi tepung beras lupa nak beli. Jadi kita pending jadi menu 9 Ramadhan laks.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: