Thursday, August 14, 2014

Hijrah

Salam dari Senaling,

Ya, aku tahu Syawal masih berbaki 10 hari. Lepas Syawal, Zulkaedah. Namanya nak masuk bulan Muharram tu memang jauh lagi, tapi memandangkan penghijrahan aku berlaku pada bulan Syaaban, kira aku update dalam bulan Syawal tu kira orait sangatlah kan?

Kisah penghijrahan aku dari Jugra ke Senaling is very tragics inside. Sangatlah terperanjat bila dikhabarkan kena ke Negeri Sembilan. Seminggu aku amik masa tuk terima hakikat. Aku bersedia tuk berpindah, tapi aku bajet ta Kelantan, mesti ke Labuan...high expectation is stay kat Selangor, sekali dua kali ke Negeri Sembilan...Terpesima aku. 

Terpesima ialah tatabahasa baharu yang aku cipta sempena penghijrahan ku hasil kombinasi dari perkataan Terkejut + Terkesima. Takan kau jumpa cari dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Takkan. Never.

Cabaran aku ni memang tak setanding dengan orang yang kehilangan insan-insan tersayang. Tak tertanding dengan cabaran buat rakan-rakan kita di Gaza. Tak juga setanding dengan orang yang kehilangan harta benda. Tak setanding juga dengan rakan-rakan kita yang ditimpa sakit atau apa saja musibah.

Hakikatnya, aku manusia biasa. Dosa bertan-tan banyaknya.  
Sedikit tak banyak, tertanya-tanya jugalah di dalam hati..."Kenapa aku, bukan dia?"
Eh, macam-macam jugalah aku pertikaikan...Astagfirullah...
Tapi aku manusia biasa kot...

Ini bukan kali pertama aku pindah tempat kerja, dah masuk kali ketiga. Tapi kali ni, tacing sungguh rasanya. Saat aku rasa reputasiku berada di tangga ke dua puluh tujuh dalam carta kolej, aku kena pindah dan kena membina reputasi yang baru. Kini, di Senaling reputasiku berada di tangga ke dua ratus empat puluh dalam carta kolej...T_T. Sumer orang pandang sipi, pandang sinis ja kat aku. Sepertinya mereka berkata-kata di dalam hati..."Ko student, pe hal ko ada kat tempat punch staf ni?". Inilah balasan yang aku dapat hasil dari rupa dan gaya macam student. 

Korang menyampah? Silalah jangan. Mengadu domba aku lom habis lagi ni...
Sambung...

Stres juga secubit bila orang tak kenal aku. Aku kan fesyen kalau pagi-pagi tu rasa nak hai je kan sumer orang. Dari pak jaga, rakan pensyarah, akak adik pejabat dan makmal, opah adik di taska, sampailah ke makcik akak adik yang sapu sampah kat unit. Ahhh...sedih. Kat sini, sumer spesis tu ada...tapi aku rasa pelik la pulak nak hai hai bye bye kat sumer orang yang baru aku kenal. Susahnya nak explain, lebih susah dari explain subtopik Machine Cycle tau. Korang faham kan apa yang aku rasa?

Stres berbakul bila aku kena mula semuanya sekali lagi untuk amalan gaya hidup sihat. Aku masih ingat mula-mula aku di Selangor, tiga orang je kami beraerobik. Tiga orang! Dua tahun setengah kami gigih mengumpul lagu dan steps aerobik secara kecil-kecilan. Kini dah ada ramai follower...Ehemmmm.. Dari aerobik, aku dah mula join banyak lagi sukan. Badminton, berenang, berbasikal dan berjogging. Keseronokan untuk menjalani hidup sihat semakin membiak dengan jayanya. Hati berbunga keriangan dari hari ke hari...Sekali...Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Mulut aku senang nak cakap, "Ya, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah mencaturkan yang terbaik untuk aku. Aku kuat, tu sebab aku terpilih untuk merasai ke'adventure'an ini". Tapi hakikatnya, tidak mudah. Ya, sangat mencabar. Dulu, kemain aku cakap ngan orang, ngan pelajar "Sentiasa bersangka baik dengan Allah" Sekali kena atas batang hidung sendiri, baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.

Kadang-kadang tak semena-mena, rasa down...Nampak tak betapa lemahnya aku? Astagfirullah...Astagfirullah...

Teorinya, aku yakin ada hikmah atas penghijrahanku ini, tapi akalku belum terhijab lagi untuk mencaknanya...Doakan aku sukses di sini ya...

Nah, belanja sekeping pic Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan...


Terima kasih sudi baca sampai habis walau pun mungkin korang menyampah ngan statement perasan ku di atas tadi. Bye...^_^

No comments: