Tuesday, October 7, 2014

Ke Arah Rezeki Yang Barakah

Salam dari Senaling,


Comelkan kartun ni? Dapat dari Whats App grup. Aku suka tengok. Mesej pun padat. Menarik untuk dibaca. Colourful. Sesekali terasa pedas juga...yelah, sapa makan cili dialah terasa pedasnya kan?

Actually aku lebih suka jika tajuk bertukar jadi...Jom barakahkan rejeki kita yuk...Lebih kurang. Lebih positif lebih seronok rasanya...^_^

Isi dalam tu pulak aku tukar seperti di bawah kira aci la kan? Macam ni...

1. Hasad dengki dan mengumpat
Sentiasa bersangka baik.

2. Berhias secara berlebihan
Berhias untuk rasa selesa, rasa yakin dan lebih bersemangat nak buat kerja.

3. Datang lewat tanpa kebenaran
Datang awal sokmo, kalau lewat pun sebab TERRRRRRRlewat.

4. Menggunakan masa kerja untuk hal-hal peribadi
Masa kerja untuk kerja, fokus dengan kerja saja. Kerja akan sentiasa on time Insha Allah. Allah sayang, kawan-kawan sayang, bos pun sayang. Unggas yang berkicau pun sayang. Dapat APC pun kira memang layak ah. 

5. Curi tulang, melalaikan tugas
Rajin giler, tak payah suruh, tau-tau je *tinggggg* dah siap.

6. Banyak beralasan yang tidak munasabah.
Siapkan kerja pada masa yang ditetapkan. Prinsip kerja kita laung satu ofis secara berjemaah..."Mehla kita mudahkan kerja masing-masing, Jommmmmmm (5 harkat)".

7. Angkuh dan sukar bekerjasama.
Merendahkan diri macam resam padi, makin tunduk maknanya makin berisi. Bukan berisi yang itu k. Kerjasama pulak, kalau ada program ke apa ke...fuiyooo memang yang thorbaik. Two thumbs up gittew.

8. Menipu dalam membuat tuntutan (claim) dan kerja lebih masa.
Claim yang patut ja. Kalau rasa tak sure, gi tanya ngan orang pejabat. Kalau malas nak tanya, tayah claim. Senang.

9. Menggunakan kemudahan pejabat untuk keperluan peribadi
Barang ofis barangku jua, barang aku barang ofis jua. Give and take. Tambah tolak sama dengan kosong.

10. Percampuran bebas antara lelaki dan wanita.
Bercampur antara lelaki dan wanita ala suam-suam kuku ja. Minum air suam kan baik tuk kesihatan...

11. Pulang sebelum masanya.
Datang dan pulang kerja pada masanya.

12. Memberi dan menerima rasuah.
Gaji yang ada ni memang cukup siap berlebih. Barakah la katakan.

13. Tidur pada waktu kerja.
Kalau dah mengantuk tahap nampak bos kecik besar kecik besar, kejap macam Snow White, kejap macam dwarfs. Aku rasa baik gi tidur sekejap (nap). Lepas nap mesti rasa lebih bersemangat dan fokus dengan kerja.

14. Bertindak tanpa mengikut arahan ketua.
 Buat kerja ikut arahan bos. Kalau rasa tak selesa. Jadi businessman a.k.a jadikan diri sendiri bos.

Oh, ada 14 je ke? Aku baru perasan, ke terhijab pandangan untuk menyaksikan yang ke-15?
Ke...?@_______@
 
Terima kasihlah sebab habis juga korang baca eh...^_^

No comments: