Wednesday, June 22, 2016

Poyo Sungguh Bila Hati Terasa

Salam 17 Ramadhan dari Senaling,

Drama betul semalam. Bersemangat aku nak berbuka di masjid (buat pertama kali tahun ni). Seawal Subuh (ketika pengumuman berbuka puasa di buat) suami je nampak tak bersetuju. Katanya takut budak-budak tak dapat makanan. Jenuh jugalah aku meyakinkan beliau dengan masuk campur sedikit info berkenaan keyakinan dengan rezeki Allah. Siap offer kalau tak dapat makanan (yakni rezeki berbuka itu bukan milik kami sekeluarga), lepas Maghrib jom gi kepsi jew. Apa susah?

Menjelang 4 petang (masa amik anak-anak dari sekolah), mood kodok bermula. Semua kata ta nak pula berbuka di masjid. Kali ni aku keluarkan pulak info kesyukuran, info rezeki, info besederhana, info kemasyarakatan... eh macam-macam info lah tuk menyakinkan mereka dengan nada suara ustazah bagi ceramah keibubapaan di Forum Perdana. Nampaknya tak menjadi juga. Mungkin aku yang belum bijak meyakinkan orang.

Yeah, masa tu seketul kecil fed up mula muncul dalam diri.

Usai Asar, mood Iman dah swing. Muncung, tanak bercakap, muka tak puas hati. Dipujuk-pujuk pun tak berapa nak berjaya. Mungkin aku yang belum bijak memujuk anak.

Maka, total dah ada dua ketul fed up.

Lagi sejam setengah untuk berbuka, dengan harapan masih bersisa di hati. Amin pulak start engine. Dia punya agenda lagi rare. Cakap perlahan je yang dia nak berbuka puasa makan roti di rumah. Pastu berlalu pergi layan cerita di komputer. Suami desak aku pujuk Amin. Suami tak tahu yang aku belum cukup bijak memujuk anak. Disebabkan aku berazam tuk jadi isteri mithali, maka aku cuba juga pujuk.

Guess what? 

Tak berjaya la jawabnya. Siap menangis meraung macam kena cubit-cubit. Walhal aku tarbiyah guna method lembut punya hingga aku sendiri tak sangka aku boleh jadi selembut itu. Bila dipeluk bertambah kuat lak tangisannya.

Masa tu, aku bukan fed up dah. Tapi aku marah. Ya aku marah. Kurang pahala puasa aku semalam.

Jadi aku keluarkan cencaru dari peti ais, masak nasi, panaskan bubur kacang dan kuah asam pedas, keluarkan salad dan kali ni turn aku pulak yang diam seribu bahasa.

Ya, aku kecil hati. Tak berbaloi kecil hati ngan suami dan anak-anak, tapi aku betul-betul terasa hati.

Nak tenangkan hati, aku amik wudhuk, aku baca Quran. Tapi air mata aku berlinang-linang. Baca tafsir Surah An Nahl ayat 19, "Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan". Berjurai-jurai air mata aku.

Ya, Allah sahaja yang tahu yang aku terasa seperti aku seorang je dalam rumah ni yang bersemangat nak mempelbagaikan aktiviti di bulan Ramadhan. Aku je yang beriya-iya nak istiqamahkan solat Subuh berjemaah di masjid. Aku je yang mahu-mahu sangat sama-sama satu keluarga ke masjid solat tarawih. Aku je yang beriya nak bagus-bagus di bulan puasa ni. Ya aku seorang. Itu yang aku rasa.

Aku terasa seperti aku bertepuk sebelah tangan. Cinta tak berbalas macam tu.

Aku cuba nak tenangkan diri. Nak relax cool chillex. Nak let go. Tapi belum boleh lagi. "Keras hati kau Roy". Aku menangis sepanjang berbuka puasa hingga selesai Maghrib. Poyo betul. Sudahnya aku amik keputusan untuk tidur seawal jam 8.15 malam. Biar reda sikit perasaan poyo aku ni.

Aku cuba muhasabah diri. Mulut aku memang leh tahan juga lasernya. Banyak kali juga aku calarkan hati suami dengan sikap nak menang aku ni. Main Sahibba dengan anak-anak pun aku nak menang. Bayangkan. Mungkin ini juga satu peringatan untuk aku banyakkan diam dari bercakap dan menyakitkan hati orang. 

Dan bila yang dulu aku pot pet pot pet diam (belum sampai 24 jam pun), adakah ia akan menambahkan keharmonian kepada alam sejagat?

Kau rasa?

No comments: