Thursday, July 20, 2017

Photobook : Dari Mana Nak Mula?

Salam dari Senaling,

Pernah tak serabut perut tak tahu dari mana nak mula buat photobook ni? Aku selalu gitu, pastu mood down, pastu sendu tak tentu arah bila tengok banyaknya hoi gambar yang belum diabadikan dalam bentuk salinan keras (yakni hardcopy). Tak sapa pun suruh aku wat photobook, nak perap gambar digital sampai jadi tapai pon no hal, tapi sendiri rasa macam 'bestnya kalau di photobook kan'. 

Perangai macam... tuuttttttttt...

Oh, aku bukan nak bagitahu dari mana nak mula buat photobook. Kalau  yang itu, google ja guna keyword 'tips for creating photobook' melambak dah blog yang cerita. Entri ni lebih kepada aku sendiri atau mungkin ada species homo sapiens yang perangai macam aku yang sendu tak keruan untuk perkara kecil macam kuman ni.

Aku 'rasa'... haaa nampak, 'rasa' okay. Maknanya aku tak apply pun lagi kaedah ni tapi aku 'rasa' perkara pertama yang patut aku buat ialah

SET MASA. Apa-apa hal aku rasa aku kena set masa. Maksud; satu minggu satu photobook atau satu bulan satu photobook. Pilih yang realistik sikit supaya tak frust tak pasal-pasal (macam aku). Jadi aku pilih satu bulan dua photobook. Aim sungguh-sungguh setiap hujung minggu. Insha Allah dipermudahkan. Aamiiinnn.

Pastu PILIH PERISTIWA. Segala gambar-gambar digital yang kita ada mesti berdasarkan event kan. Contoh; Langkawi2017, Hanoi 2017, Raya2017 atau PD2016. Biasanya aku simpan dalam folder ada folder, dalam folder yang dalam folder tadi ada folder lagi. Kahkah. Yang fesyen simpan gambar macam aku mungkin faham. Contoh (lagi); dalam folder 2017 ada folder Hanoi2017, dalam folder Hanoi2017 ada folder HalongBay, CityTour dan sebagainya. Jadi set objektif berdasarkan peristiwa atau folder. Untuk dua minggu ni aku pilih peristiwa Raya 2017.

Next ialah SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA. Bergantung pada saiz photobook kalau nak apply ala-ala 5S ni. Saiz photobook pilihan aku adalah yang paling kecil. Saiz mini 6' x 6'. Aku gemar  menyeragamkan barang-barang aku, jadi eksplorasi photobook aku dikira kurang adventure lah. Kalau pilih saiz mini cam aku, jumlah gambar yang paling ngam dalam 100 - 120 keping gambar. Saiz lebih besar mungkin lebih banyak gambar boleh dimasukkan. Gambar kurang jelas bolehlah di delete dengan kadar segera. Paling banyak aku delete ialah gambar-gambar yang menampakkan sisi tak comel diri sendiri. Hehe. Kalau banyak giler gambar-cantik-semua-pun-macam-nak-letak, bolehlah buat macam kaedah folder tersebut. Jadi satu event mungkin ada banyak photobook macam yang aku buat bagi Siri Kembara Cuti Sekolah. Sampai Part 6 gitew.

SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA adalah proses yang makan masa yang lama tuk aku. Makan masa lebih dari tiga hari juga nak memilih. Nak mula buat, satu hari pun boleh siap. Tapi menu hujung minggu ialah nasi-telur-goreng-kicap je lah kan. Kalau dapat aktiviti ni bolehlah buat weekday. Kalau dapatlah. 

Aku rasa itu aje kot dulu. Kalau ada lagi aku tambah.

Satu lagi perkara yang boleh buat aku sendu tak pasal-pasal selain asyik postpone wat photobook ialah asyik postpone update blog. Pun tada sapa paksa suh update. Tapi kita suka nak baca semula momen-momen sengal yang pernah dilalui.

Acane tu? 

Daaaaa... nak standby solat Subuh dan bersiap kerja. Baju kerja tak gosok lagi ni wei! Bye


Saturday, July 1, 2017

Keputusan HLP Tahun 2017

Salam dari Senaling. Salam tujuh Syawal.

Remember? Aku ada kata di entri ni yang aku akan update sal keputusan HLP. 30 Jun 2017 yang lepas ialah keputusannya. Hanya klik pada link https://epenawaran.moe.gov.my/, isi kad pengenalan dan jeng jeng jengggg...

Tak berjaya. Alhamdulillah; sesungguhnya DIA jualah sebaik-baik perancang.

Sebagai manusia biasa, pasti ada rasa terkilan. Banyak kali aku bicara pada diri sendiri, pujuk ulang-ulang sebut DIA Maha Mengetahui. DIA rancang yang lebih baik untuk aku dan keluarga. Aku banyak berdoa semoga DIA berikan aku keputusan yang terbaik. Aku serah segala-galanya padaNya. Itupun masih terkenang terfikir terdetik kenapa aku tak dapat? Lemah lagi iman aku rupanya.

Buka Quran pagi ni, sambung baca surah An Nur, sampai ayat ke 38;

"...Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas"

Allahuakbar, sungguh kena ngan situasi yang sedang dihadapi. Rasa macam dipujuk pun ada. Selesai satu mukasurat, check WhatsApp, nah ada sorang lagi kawan PM, pun sama-sama tak dapat.

Macam tu pun, aku tetap gembira dengan senarai rakan-rakan yang dapat peluang sambung belajar dengan HLP. Ada yang lama dah minta, enam kali apply, tiga kali interview baru dapat. Hepi sangat bagi pihak, berkali-kali apply tu kot. Di KMNS, lima orang first time apply, lima-lima dapat interview, tiga orang dapat HLP. Tiga dari lima aku rasa macam WoW sangat. Seronok pulak tumpang bahagia orang.

Kalau ikut perancangan, aku memang ta nak minta HLP sehingga sampai tahun 2020. Aku nak cuba fokus pada perkara lain. Sampai tahun 2020 nanti, DIA izinkan memang aku akan cuba minta HLP sekali ngan pindah semula ke KMS sampai dapat. Tapi tak taulah pulak kot nanti gatai nak minta HLP lagi dalam masa terdekat. Yang pasti aku tanak ah pilih zon selatan. Zon tengah uda. Insha Allah ada rezeki interview dapat di Putrajaya, dekat sikit. Hehe

Dan sebenarnya, sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas banyak rezeki Allah dah bagi. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Amni dan kembar yang sangat-sangat membanggakan, prestasi hafazan Amni yang sangat baik, maklum balas dari guru-guru yang buat aku senyum lebar, tak tinggal sahur lansung, dapat Subuh berjemaah, dapat tarawih sepanjang Ramadhan di masjid Saidina Ali, anak-anak sangat behave sepanjang puasa dan sepanjang pergi menziarahi rumah saudara mara, mana-mana rumah aku plan nak menziarah-semua-tuan-rumah-ada-dirumah, punya mudah jumpa baju raya, lensa kamera sampai ngam-ngam last day aku kerja sebelum balik kampung, kami sekeluarga sihat walafiat, isu soto-mak-malam-raya-setel-ngan-aman, jalan clear balik kampung, clear juga masa jalan raya, belum campur lagi keputusan pelajar aku bagi PSPM II yang lepas bagi subjek Sains Komputer sehingga bertubi-tubi aku terima ucapan tahniah, siap minta tips, walhal yang cemerlang tu students tu sendiri sebenarnya. Pendek citer semuanya, segalanya DIA dipermudahkan.

Sangat banyak nikmat Allah bagi sampai aku rasa takut. Ibadat dah la sikit, minta macam-macam dan Allah tunaikan. Risau tak cukup ibadat nak ucap terima kasih, dan tiba-tiba sampai pada hal ehwal SEketul HLP, dirancangkanNya yang lebih baik tuk aku, aku dah meroyan. Apakah? Rasa macam nak silambam diri sendiri pon ada.

Ya Rabb, jadikanlah aku dan pada yang rajin baca entri ni sampai habis, seorang hamba yang sentiasa bersangka baik dan redha dengan ketentuanMu. PadaMu kami berserah. Aamiinnn.

Dah... Cukuplah dua puluh tujuh jam aku meroyan. Tak berbaloi lama-lama weh. Wat serabut perut ja. Sambung makan biskut semperit lagi bagus kot. Hehe

 Selamat Hari Raya semua :)