Thursday, July 20, 2017

Photobook : Dari Mana Nak Mula?

Salam dari Senaling,

Pernah tak serabut perut tak tahu dari mana nak mula buat photobook ni? Aku selalu gitu, pastu mood down, pastu sendu tak tentu arah bila tengok banyaknya hoi gambar yang belum diabadikan dalam bentuk salinan keras (yakni hardcopy). Tak sapa pun suruh aku wat photobook, nak perap gambar digital sampai jadi tapai pon no hal, tapi sendiri rasa macam 'bestnya kalau di photobook kan'. 

Perangai macam... tuuttttttttt...

Oh, aku bukan nak bagitahu dari mana nak mula buat photobook. Kalau  yang itu, google ja guna keyword 'tips for creating photobook' melambak dah blog yang cerita. Entri ni lebih kepada aku sendiri atau mungkin ada species homo sapiens yang perangai macam aku yang sendu tak keruan untuk perkara kecil macam kuman ni.

Aku 'rasa'... haaa nampak, 'rasa' okay. Maknanya aku tak apply pun lagi kaedah ni tapi aku 'rasa' perkara pertama yang patut aku buat ialah

SET MASA. Apa-apa hal aku rasa aku kena set masa. Maksud; satu minggu satu photobook atau satu bulan satu photobook. Pilih yang realistik sikit supaya tak frust tak pasal-pasal (macam aku). Jadi aku pilih satu bulan dua photobook. Aim sungguh-sungguh setiap hujung minggu. Insha Allah dipermudahkan. Aamiiinnn.

Pastu PILIH PERISTIWA. Segala gambar-gambar digital yang kita ada mesti berdasarkan event kan. Contoh; Langkawi2017, Hanoi 2017, Raya2017 atau PD2016. Biasanya aku simpan dalam folder ada folder, dalam folder yang dalam folder tadi ada folder lagi. Kahkah. Yang fesyen simpan gambar macam aku mungkin faham. Contoh (lagi); dalam folder 2017 ada folder Hanoi2017, dalam folder Hanoi2017 ada folder HalongBay, CityTour dan sebagainya. Jadi set objektif berdasarkan peristiwa atau folder. Untuk dua minggu ni aku pilih peristiwa Raya 2017.

Next ialah SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA. Bergantung pada saiz photobook kalau nak apply ala-ala 5S ni. Saiz photobook pilihan aku adalah yang paling kecil. Saiz mini 6' x 6'. Aku gemar  menyeragamkan barang-barang aku, jadi eksplorasi photobook aku dikira kurang adventure lah. Kalau pilih saiz mini cam aku, jumlah gambar yang paling ngam dalam 100 - 120 keping gambar. Saiz lebih besar mungkin lebih banyak gambar boleh dimasukkan. Gambar kurang jelas bolehlah di delete dengan kadar segera. Paling banyak aku delete ialah gambar-gambar yang menampakkan sisi tak comel diri sendiri. Hehe. Kalau banyak giler gambar-cantik-semua-pun-macam-nak-letak, bolehlah buat macam kaedah folder tersebut. Jadi satu event mungkin ada banyak photobook macam yang aku buat bagi Siri Kembara Cuti Sekolah. Sampai Part 6 gitew.

SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA adalah proses yang makan masa yang lama tuk aku. Makan masa lebih dari tiga hari juga nak memilih. Nak mula buat, satu hari pun boleh siap. Tapi menu hujung minggu ialah nasi-telur-goreng-kicap je lah kan. Kalau dapat aktiviti ni bolehlah buat weekday. Kalau dapatlah. 

Aku rasa itu aje kot dulu. Kalau ada lagi aku tambah.

Satu lagi perkara yang boleh buat aku sendu tak pasal-pasal selain asyik postpone wat photobook ialah asyik postpone update blog. Pun tada sapa paksa suh update. Tapi kita suka nak baca semula momen-momen sengal yang pernah dilalui.

Acane tu? 

Daaaaa... nak standby solat Subuh dan bersiap kerja. Baju kerja tak gosok lagi ni wei! Bye


No comments: