Saturday, September 16, 2017

Rezeki Milik Allah

Salam dari Senaling,

Masa nak amik kembar dari latihan taekwondo pagi tadi, aku lepak kaki-gantung-duk-tepi-longkang menyaksikan hutan (ke semak samun?). Baca Pinterest pastu terfikir... "Minggu ni patut update blog, tapi macam tada cerita menarik...", tak sempat nak cari penyelesaian, kembar selesai.

Sampai umah, kemas dan standby nak masak kuah laksa (full set esok), pastu bersiap nak pergi kenduri jiran setaman jam 1130 (jam 1200 baru keluar rumah) tapi Incik Suami dah pergi awal sebab ada bacaan Yasiin. 

Menapak, dan oh lom habis baca Yasiin. Orang penuh kat bawah khemah, dalam rumah ofkos. Ada kerusi tiga buah, uishhhh rezeki. Orang ramai tapi ada kerusi, ngam lak tu tuk aku dan kembar. Alhamdulillah. Sambil baca ayat-ayat lazim (sekali ngan tahlil rasanya), orang semakin ramai. Budi bahasa budaya kita kan, jadi aku ajak kembar pergi playground berhampiran. Takan nak buat pishang duduk selamba (dan aku nampak dua makcik duduk tempat yang aku kosongkan, Alhamdulillah tercapai maksud).

Panas tegak atas pala, aku pulak bijaksana, pakai jubah hitam-penyerap-haba-yang-baik. Menyelit aku cari tempat menyandar teduh kat playground. Orang bertambah ramai ketika doa dibacakan. Selesai sumer, meluru orang beratur nak amik makanan. Kembar dah mula ajak balik, dan mengikut pemerhatian, paling tidak aku kena tunggu lagi tigaploh minit (duaploh + tigaploh = limaploh!) tuk dapat makanan. Ada baiknya aku beredar. Kalau aku tunggu, aku risau aku akan dapat banyak dosa. Aku makan kuih telinga keling sebagai syarat, dan beredar balik rumah lepas bersalaman dengan tuan rumah.

Masa aku berjalan balik (rumah jiran dekat ja), aku terfikir mesti ramai yang tak menyediakan lunch (macam aku) bila dapat jemputan. Yakin sangat aku dan famili dapat lunch hari ni, sampai terlupa rezeki tu Allah yang beri. Rezeki kenduri, Incik Suami yang dapat penuh, rezeki kembar air sirap, rezeki aku kuih telinga keling dan idea tuk update entri dalam blog. Yeay . Alhamdulillah.

Minggu ni aku bagitahu Amni (dia call) dan beberapa pelajar, "Kita mesti belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Rugilah kalau masih tidak berubah". Perghhhh kemain ayat motivasi Dr. Fadhilah Hana.

Aku pernah lalui kejadian seumpama, beberapa kali. Tapi disebabkan dah lama sangat... Lupa.

Pengajaran (ulangan):
1. Never leave your home with empty(totally) stomach.
2. Sediakan plan B.
3. Rezeki Allah punya.

Aku lapar dan aku emo. Siapa yang kena tempias? Suami! Kahkah

Daaaa... bye kamurang!

No comments: