Monday, May 21, 2018

Sejarah Pilihanraya Umum ke-14 2018

Salam dari Senaling,

Akhirnya aku mengundi buat pertama kalinya. Sangat istimewa sebab dah masuk kategori Women Senior baru nak pergi mengundi. Untung ja tak kena hukuman buang negara.

PRU 11
2003
25
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Belum mendaftar sebagai pengundi dan memang tak berniat pun nak daftar. Tambahan pulak, hari kejadian aku di Kota Kinabalu, Sabah sebagai perantau. Baru mula bekerja. Blur. Tapi selepas kena clorox  masa gi Kursus BTN, aku berazam untuk mendaftar pada PRU 12 nanti.

PRU 12
2008
30
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Mendaftar sebagai pengundi di Taman Tasik Puchong ketika Hari Terbuka MPSJ. Bila tarikh PRU diumumkan, aku check, nama aku belum didaftarkan. Aku anggap, borang pendaftaran aku ditiup angin ke dalam tasik. Hehe. Tuk tidak mengecewakan diri sendiri aku daftar sebagai petugas PRU. Nak dijadikan cerita, memanglah pada hari kejadian aku nga sarat mengandungkan twin. Aku rasa aku okay, tapi kawan-kawan nasihatkan, tak payah. Takut sakit pinggang duk lama-lama, dan macam-macam-macam lagi nasihat. Sudahnya aku suh adik aku gantikan. Kesimpulannya, pada PRU 12 aku melangut makan kentang lenyek di rumah.

PRU 13
2013
35
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Dah berniat tuk mendaftar sebagai pengundi. Dah pergi Pejabat Pos, Banting. Tapi borang habis. Kakak kerani suh pergi Pejabat Pos Dengkil. Tangguh punya tangguh, last-lastnya tak mendaftar pun. Ngam pulak hari mengundi kena pada tarikh kami sekeluarga dah plan nak gi jalan-jalan ke Pulau Pinang. Tiket flight dah beli, anak-anak dah excited (first time nak naik flight), hotel dan so on dah bayar. Kesimpulan, pada PRU 13 aku di Pulau Pinang, menyaksikan DAP mengambil alih Pulau Mutiara buat pertama kali. Seriau woooo... takut-macam-macam-tak-pasal-pasal. Hakikatnya? Sejahtera ja kami di situ.

PRU 14
2018
40
Tempat mengundi : Ingatkan di Teluk Intan, hakikatnya di Puchong, Selangor. Heeeee

Berniat, nekad dan gagahkan diri pergi Pejabat Pos Kuala Pilah untuk mendaftar. Alhamdulillah sekarang senang, paperless. Tiada sudah borang, semua atas talian... Wow! Incik Suami yang temankan siap provoke, tah-tah nama tak masuk sebab agak lambat sebenarnya aku mendaftar. Tak ingat ah exact date tapi memang pada awal tahun 2018. Bila dah boleh check daftar pengundi, tan ta daaaaa... Alhamdulillah, nama berjaya didaftarkan dengan awesome nya. 

Aku mengundi di SRA Al Ikhwan Puchong Perdana. Incik Suami di Teluk Intan. PRU hari Rabu. Kahkah. Geeeerrrraammmm tau SPR ni. Banyak-banyak hari, mengapa Rabu? Mengapa? Huru hara kolej masa tu sebab tarikh PRU kena pada Peperiksaan Semester 2. Masa tu kami berkira-kira nak pecah haluan. Aku gi Puchong, Incik Suami balik kampung. Sungguh tekad masa tu, sekali... ting ting tang ting tara ting ta ke ting tang tinggggg.... jadual ditukar. Akhirnya, dapatlah kami susun molek jadual mengundi pada hari Rabu tersebut.


Pada hari kejadian, ramai orang upload sal jari 'berinai' ni di media sosial. Aku tak terkecuali. First time kot (kalau kali kedua atau ketiga kelima mungkin aku upload juga huhu). Bezanya aku upload pada hari keputusan di umumkan. Lejen bukan?

Pertama kali mengundi, lain macam lak semangat patriotik. Terjaga-jaga woooo dari tidur sebab nak tahu siapa yang memerintah negara kali ni. Bayangkan jam 4.40 pagi barulah keputusan rasmi keluar. Berubah! Siapa sangka? Aku tak sangka. Aku agak kerajaan lama masih memegang tampuk kerajaan tapi dengan majoriti nipis. Allahuakbar.


Miracle do happen! Allahuakbar. Aku kira, aku paling up-to-date pada ketika pengumuman rasmi dibuat oleh ASTRO Awani. Bangga semili-saat sebab kejadian ini jarang-jarang berlaku. Lalu aku viralkan kepada group Whatsapp. Viralkan berita sahih... ehemmm.

Disebabkan aku terjaga dari jam tiga lebih sampai ke detik pengumuman rasmi diumumkan, aku tak berniat nak tidur semula, risau Subuh syahid. Aku plan nak tahajud je la sementara menunggu Subuh. Angkat takbir dengan perasaan bercampur baur tak tau nak describe macam mana (nampak sangat tak khusyuk cisss). Tika sujud, air mata berjurai-jurai mengenangkan betapa Allah sahaja yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Besar sungguh kuasaNya. Allahuakbar. Allahuakbar. Tiada daya upaya kami, semuanya atas kehendakMu.

Sesungguhnya DIA jualah yang Maha Mengetahui.

Susah benor rasanya aku nak cerita apa yang aku rasa pada pagi 10 Mei 2018. Pastinya jadi kenangan bersejarah ~ kenangan yang akan terpahat dalam ingatan sepanjang hayat. 60 tahun Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang sama. Sekali aku mengundi, TERtukar pulak weiii! Terkezut bukan kepalang tau. Bukanlah maksud sebab aku (teng teng teng ~ undi is rahsia). Cumanya sebab keputusan PRU kali ini rare, jadi nampak istimewa.

Dari tak minat nak tau sal politik, terus jadi minat. Online dan layan politik, sampai ke bursa saham pun aku follow. Obses dikesan di situ. Online game pun tak layan, wow. Me is amaze.

Akhir kalam, aku hanya menitipkan doa agar Malaysia terus aman di bawah pemerintah yang meletakkan DIA sebagai keutamaan. Bantu kami Ya Rabb. Aamiiin.

Main point is ~ aku mengundi yassss akhirnya.

No comments: