Saturday, February 16, 2013

North Borneo Day 3 (half) - Poring & Sungai Tagal

Salam dari Jugra,

Pengembaraan disambung. Kegigihan aku terserlah ke tahap maksima. Habis ja entri pasal Sabah ni aku rasa aku leh rehat sebulan. Eh? Aku maksudkan, kalau aku ada citer akan ku hapdate jua. Jangan sedih-sedih k. Pssttttt...petang ni ada kelas renang. Tak pasal-pasal dan ta da kaitan dengan tajuk entri pun. Sebelum aku melalut dengan lebih melampau ada baiknya aku fokus terus ke isi utama.

Perjalanan diteruskan tanpa mandi pagi. Sangat ikhlas aku mengaku kan? Ya, semua tak mandi atas arahan aku. Nampak tak betapa dahsyatnya pengaruh aku pada trip kali ni. Bukan sebab Kundasang tada air, tapi sebab aku dah plan baik punya nak mandi di Poring yang tersohor dengan Hot Spring nya. Jangan risau, aku dah maafkan semua orang yang mungkin terdetik dalam hati nak kata aku pemalas nak mandi la tewww. 

Seperti yang aku bagitau pada entri sebelum ni, aku dan Nits merancang nak bergambar di Pine Resort pada pagi hari. Aku ada baca yang puncak gunung akan sangat-sangat jelas pada waktu pagi. Benarkah apa yang dikata orang?

Pemandangan Gunung Kinabalu dari The Cottage Hotel ~ penginapan kami

 Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pine Resort. 
Jadi faham kan jika aku bagitau yang rate Pine Resort adalah sekali ganda dari The Cottage Hotel?

Gi Pine Resort wajiblah bergambar dengan pokok pine.

Puas capture pic, baru kami breakfast di hotel sebab bayar hotel sekali dengan breakfast. The best thing tentang The Cottage Hotel, dia punya restoran ada pensijilan halal. "Check out sudah?", tanya receiptionist hotel tu masa aku serah kunci. Bertanya dia sebab agak awal kami check out. Jam 8 lebih kurang. Berjalan dengan aku memang masa digunakan secara optimum. Bukan tiap-tiap minggu mo datang Sabah. Setiap tahun pun ta tentu lagi tau.

Destinasi seterusnya ialah Poring. 


Sampai Poring, kosong! Bukan tiada orang lansung. Adalah juga dalam 3 family gitu. Best leh pilih-pilih tempat mana kau nak lepak. Wohoooo...terasa seperti Hot Spring ni aku yang punya walaupun kena bayar entrance fee.  Siap aku interbiu yang jual tiket tu "Memang tada orang ke?". Jawabnya, "Semalam dah penuh, jadi hari ni kurang orang". 

 Pilih-pilih mana tempat nak mandi. Bawah satu bumbung ada 4 tempat tuk mandi. 
Jadi kami conquer satu bumbung.

Muka-muka bahagia ta payah berebut.

Di Poring ni, macam-macam boleh buat selain mandi air panas. Ada kolam air sejuk macam ais, ada tempat ala-ala Water Park siap sliding bagai tapi tidaklah sebesar dan segah Sunway Lagoon. Ada air terjun. Ada Taman Rama-Rama. Dan yang paling best ialah...Treetop Canopy Walkway.

Peta di kawasan taman rekreasi Poring. Aku risau sesat maka aku capture pic ni sebagai rujukan.

Are you ready?

Aku, Nits dan Amni je yang gi Treetop Canopy Walkway. Mak tinggal mandi manda air panas. Bukan sebab aku ta nak mak rasa pengalaman berjalan di canopy walk ni, tapi sebab nak sampai ke atas nun, kena mendaki sejauh 500 m gitu. Tada orang hari tu. Hanya aku, Nita dan Amni. Biasanya beratur orang kat sini. Sebab walkway ni hanya boleh menampung 6 orang dalam satu-satu masa.

Awas! Jangan pandang bawah jika anda gayat.

Nasib kak cik ni tak gayat

Aku pun sama tak gayat, tapi aku jadi tergayat tengok cara Amni pegang note aku tuk tangkap gambar. Jatuh ke bawah? Ohhhh tidak. Takan nak panggil renjer hutan lak tuk cari note yang sesat dalam hutan bawah nun.

Selesai mandi semua, kami tak tukar baju pun. Dengan baju yang ala-ala lembap dan lengai kami belasah juga ke destinasi seterusnya yang juga melibatkan aktiviti air. Sungai Tagal, Kampung Moroli. First time aku nak ke sini. Apa yang best?

Once masuk sungai, ikan akan berkerumun di sekeliling ko. Besau-besau. 
Mak kata kalau wat ikan bakar mesti best ni. Haishhhh mak ni. Lapar la tewww

Ikan species pa?

Ikan kelah. Sweet angat ikan-ikan tu makan dari tapak tangan aku. 
Terasa diri begitu mesra dan akrab dengan alam sekitar.

Dia ada bagi masa tuk spent di sungai ni. Kalau tak silap 15 minit gitu. Makanan ikan pun diorang catu. Agaknya untuk mengelakkan dari sumer ikan-ikan ni menghidapi penyakit obesiti. Agaknya lah. Setel 15 minit baru kami gi mandi, tukar baju dan solat di masjid yang berdekatan. Pastu perjalanan diteruskan lagi ke Sabah Tea. Dekat sesangat dengan sungai ni. Sebelah tu jer. 

Sebenarnya aku tak masukkan Sabah Tea sebagai tempat tuk kami lawati sebab aku pernah ke sini. Macam tada pa yang best. Tapi dah alang-alang limpas, Nits ajak juga. So aku okay kan ja. Ada hikmah rupanya kami ke sini. Tapi nantilah aku cerita. Nak kemas rumah, breakfast? Beli. Hahahaaa. Aku memang obses mengemas.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

3 comments:

nits said...

http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2013/02/sabah-city-tour.html

weh..gi link blog tu..tengok die shoot gambar kat sabah..huhu..very beuatiful and nicely taken.. ni yg buat aku nak upgrade lg camera tu..

seriously, semua gambar die. if i am not mistaken , ade 4 entries kot.. memang cantik...

ana said...

4 entries? hehe..lebih dari tu...
tapi serius memang sangat cantik...he is profesional... ko kena amik klas fotography atau banyak wat latihan lagi.

Aku mmg berminat juga 'dulu' dengan fotography. Pernah nak beli da dslr. tapi tiada sokongan. kuikui. so mati kat situ je la hasrat ku itu.

when u put your heart on something u interest ~ begitulah hasilnya!

chantekkk tul

lin said...

bestnye wei... bile la aku dpt join korang lg ye..??