Wednesday, May 10, 2017

Jamboree 360 Kota Warisan 2017

Salam dari Senaling,

Jamboree kedua tahun 2017 tepat pada ulangtahun kelahiranku yang ke tiga puluh sembilan. Hehe. Nak kata hadiah hari jadi ke apa ke aku pun tak pasti. Kalau betul hadiah, memang hadiah paling lejen setakat ini! Terima kasih Incik Suami 😂. Dia punya idea la ni. Teringin nak  masuk event grand. Haaaa... amek kau penangan mengayuh 41 km.

Di starting point. Helmet pink dan senget. Bergaya betul aku rasa.

Selamat Ulangtahun ke 39 untuk diri sendiri. Terima kasih Allah untuk kesihatan, kekuatan dan keselamatan yang dikurniai pada diri ini, ahli keluarga, dan insan-insan yang bersama-sama kami. Terima kasih.

Disebabkan jamboree kali ni di luar Negeri Sembilan, maka kami sewa hotel berhampiran dengan lokasi event. EV Hotel Kota Warisan, baru dibuka awal tahun 2017. Faham-fahamlah kalau hotel baru ni. Semua baru. Memang seronok, segala-galanya sedap mata memandang. Dominos, McD, dekat giler. Kedai-kedai lain, dalam lima minit naik kereta dah sampai. Eh, memang best lah dan puas hati tuk triple executive room rate RM143. Tambah dua jam, total jadi RM163. Ku kira rezeki sebab dalam banyak-banyak hotel kami pilih hotel baru ni.

 Duta cilik EV World. Kehkeh

Ada hose tepi jamban. Selamat, tayah gi Mitsui beli gayung 😂

Satu gi, hotel ni dekat ngan KLIA2 cuma bayaran shuttle agak mahal. RM35 per person, tambah RM10 per person kalau timing selepas jam 12 atau sebelum jam 7 pagi. Kalau jumlah penumpang lebih tiga orang bayaran jadi RM45 per person. Tambah RM10 untuk perkara yang sama. Macam pelik pulak kan, biasanya lebih ramai lebih murah. Tapi ini bukan hal beli kain selendang, beli banyak lebih murah. Aku agak sewa van yang mahal dari sewa kereta. Aku cadangkan guna Uber ja la. Aku tengok range harga kurang RM20. Kalau flight siang boleh la kot guna Uber. Kalau malam, errr...

Eh, jadi review  hotel pulak ni.

Kisah Jamboree. Heeeee...Mula mengayuh tu aku rasa, oh just nice tak kejam macam Jamboree Seri Menanti (Senanti). Tapi rupanya jarak yang begitu jauh, walau pun bukitnya tak kejam sangat, tapiiiii... memang sengsara. Lebih mental dari Senanti. Panasnya. Bukitnya. Dah masuk kilometer akhir masih berbukit bukit bukit bukit bukit... Ya Rabb.

Aku dah join empat jamboree yang jaraknya range 30 - 35km. Tak mental macam ni. Ini memang mental, mental, mental... Tambahan pulak jalan lecak. Dah macam bubur. Belum masuk lagi downhill yang nilai kecerunannya hampir kosong. Giler; memang tak mungkin ada rider yang boleh turun selamba tupai. Sumer main sorong basikal. Rider yang jatuh, bersepah yang cramp, yang termuntah, yang terbaring, cakap ja apa  fesyen... Sumer aku jumpa kali ni.

Walau pun aku berjaya kayuh habiskan 50% bukit-bukit kali ni, improve dari Senanti tapi Incik Suami masih setia menolak basikal. Terutamanya bila hampir empat jam setengah mengayuh. Aku nak mendaki bukit, tanpa basikal pun aku tak lalu. Tak sangka suami aku boleh tahan gagahnya 😁. Terima kasih Incik Suami.

On the top of Bukit Tok Mat Rashid

Masa ni perasaan masih WoW... Tak tolak lansung tuk sampai atas bukit ni. Ingatkan ini bukit last, rupanya...

Kali ini, aku cramp teruk. Sebelum-sebelum ni tidaklah betis aku ni sado sangat. tapi ini memang terduduk ta boleh bangun sampai ada yang tolong papah bangunkan aku. Lejen perasaannya. Saaaakit!

Di checkpoint yang ada cendol. Tak turun minum pun, tak lalu... Nak cepat habis je ni, tapi tak habis-habis.

Mungkin jarak kayuhan yang jauh menyebabkan pic kami laki bini untuk jamboree Kota Warisan banyak diabadikan di lensa kamera. Nasib baik, sumer pic di capture sebelum aku kena cramp. Kalau ta mesti muka cam hampeh. Kredit pic pada siapa lagi kalau bukan Abang Joy Saidin dan seorang lagi jurugambar atas Bukit Tok Mat Rashid. Tak tahu nama. Terima kasih banyak-banyak.

Seperti mana-mana aktiviti outdoor yang aku sertai, masa buat tu rasa menyesal. Selepas dua tiga hari berlalu, rasa nak join lagi. Incik Suami dah mula bersyair sal Jamboree Jelebu, pun 40++ km. Mau atau tidak?

Rasa-rasa?

Bye 😀

No comments: