Friday, February 19, 2016

Tusan Beach, Miri

Salam dari Senaling,

You should read this first... :)
Gua Niah

Setel ngan happy nya dari Gua Niah, dengan Fish Burger, Sugar Bun berjoget ria dalam perut masing-masing; misi seterusnya di teruskan. Tusan Beach. Melalui pembacaan, jalan masuk ke Tusan Beach (kalau dari Gua Niah) adalah selepas simpang ke Pekan Bekenu. Signboard kecik dan tak berapa nampak. Berapa jauh? Tatau. Waze lak tak leh detect lokasi ni. Haiye. 

Yang pastinya selepas simpang ke Pekan Bekenu semua orang in alert sign. Mencari signboard kecik tersebut. Yang pasti simpang adalah di kiri jalan. Jalan punya jalan tak jumpa-jumpa pun. Last nya Nita called kawannya tanya. Oh masuk ke jalan Pantai Bungai. Yang itu memang besar signboard nya. Wah, terus bersinar-sinar mata semua orang. Nak lebih jelas siap tahan kapel sweet pakai baju sama naik motor, tanya sal jalan ke Pantai Tusan. Kapel sweet kata betullah jalan kami ni. Vah vah vah.

Ngam lak masa tu nga nak sunset. Vah vah vah.

Pantai Bungai. Subhanallah.

Tapi mana Pantai Tusan? Tak nampak pulak papan tanda menuju ke Tusan. Sudahnya Nita tanya dengan makcik jualan di gerai perihal jalan ke Tusan. Salah jalan lagi. Gewam pulak kita rasa ngan kapel sweet tadi tu tau. 

Makcik tu bagitau,  ke depan lagi. Lepas depoh, double alert ngan signboard kecik tersebut. Yeah... Lebih meyakinkan petunjuk makcik tadi. Masalahnya skang. Depoh tu apa? Tak tanya plak lebih lanjut sebab berdesup naik kereta. Nak kejar sunset kata kan.

Mulalah berteka teki. Depoh tu apa. Masing-masing mengeluarkan fatwa yang samar-samar, tak dapat disahkan kesahihannya. Tapi, dalam banyak-banyak hujah. Hujah Zatul jer boleh pakai. Depoh yang dimaksudkan ialah depoh tahanan? Itu pun kami masih was was. Sebab tak perasan pun depoh tahanan masa menghala ke Gua Niah pagi tadi. Yang kami pasti, depoh ialah kawasan yang besar. Habis semua kami teka depoh termasuk bengkel kereta, deretan gerai makan dan sebagainya. Choiiii sangat.

Alert punya alert akhirnya memang betul-betul ada depoh tahanan di sebelah kiri jalan. Punya besar, macam mana ta nampak tadi. Tak lama pastu nampak simpang bercabang, dan yessss... Signboard kecik itu kami temui. Akhirnya. Phew.

Tak jauh dari simpang bercabang tu, dah sampai Pantai Tusan.

Pantai Tusan. Subhanallah.

Membezakan Tusan dengan pantai-pantai yang lain ialah tebing tinggi di pesisir pantai.

Maafkan aku tak berjaya nak menzahirkan keindahan ciptaanNya melalui lensa. Ilmu masih cetek. Patut boleh nampak ikon miri (kuda laut) di hujung sana nun. Angle tak bagus so sipi ja nampak. Jadilah  kan?

Seperkara tentang signboard ke Tusan Beach. Kalau dari Miri sila usha ke kanan jalan, penduduk tempatan dah meletakkan signage (batu di susun) tertera ayat Welcome to Tusan besar baq hang. Insha Allah lebih mudah nak ke sini pada masa akan datang.

Puas bergambar, kami pun ready nak balik ke Bandar Miri yang belum kami jejaki. Hehe. Sampai Miri terjah pendalamannya dulu. Masuk bandar Miri. Seperti biasa. Jalan agak jem. Memusing mencari homestay kami. Alhamdulillah ketemu. Betul-betul depan Permaisuri Mall. Depan homestay punya banyak tempat makan. Sampai tak tahu nak pilih mana satu lah. Homestay ni memang aku sangat-sangat rekemen tuk night life yang lebih happening.

My Homestay namanya. Cari je di Agoda. RM187/malam tuk dua bilik siap ada simple breakfast. Tapi stail asrama sikitlah. Bilik mandi dan toilet share. Separate ikut gender. Kata backpacker... 

Rejeki malam tu bila dinner & dessert orang Miri (kawan Nita) belanja. Kami bertiga cuba masakan Sarawak - mi kolok daging, mi kolok wantan dan laksa Sarawak. Nita jer tak adventure. Ada ke order kuew teow goreng. Apakah? Excited jumpa ex school mate & ex students agaknya. Makan pun main kuis-kuis je (jangan ingat aku tak perati k :P) Lepas tu kami follow Nita lepak ngan students nya di Canada Hill. Merasalah kami tengok bandar Miri dari Canada Hill malam tu.

The Art of Lens - Miri City from Canada Hill.

 Art lah sangat, walhal asal aku klik ja (mode - night scene) mesti pic blur. Aku patut cari tripod. Dah tau tapi tak percaya sebab hanya membaca dari web, tak praktikkan lagi. Hamek kau. Aku dapat macam ni lepas aku klik sekali, masa dia proses (dalam 10 saat macam tu) aku drag camera ke kanan. Haha. Alang-alang nak blur, biarlah blur dengan penuh gaya.

Akhirnya kami balik homestay jam 12 malam. Kepala agak sedikit weng sebab malam sebelum tak lena tidur, bangun awal dan baru ini merasa nak letak kepala atas bantal. Perghhhh. Nikmat Allah mana yang mahu kau dustakan. As simple as that pun dah jadi satu nikmat besar tuk aku. Aku rasa tiga orang lagi tu pun punya rasa yang sama. Standard lah kalau travelling rasa macam ni.

Selamat malam Miri. Esok nak menyambung proses sight seeing & capturing precious moments sekitar bandar Miri pulak.

Esoknya kami ke sini  ...
Taman Awam Miri & Miri City Fan

Bye! :)

1 comment:

nits said...

Tusan cantik..Bungai pun cantik...!! Rasa mcm nak pergi lagi..

Part "depoh" tu kenangan sepanjang hayat..