Sunday, June 11, 2017

Restoran Steamboat MAEPS, Serdang : Mini Reunion D'Navigators (lagi)

Salam dari Senaling,

Selepas kejayaan reunion di Langkawi, rupanya ada antara geng yang jeles tak dapat kumpul sama-sama. Sudahnya buat lagi sekali reunion. Kali ni buat majlis berbuka puasa, di Restoran Steamboat MAEPS, Serdang. Yusha plak yang handle. Alhamdulillah kali ni semua dapat berkumpul. Yeay.

Ada yang bawa famili, ada yang single. Tapi dah berjanji, kami akan duduk sama-sama. Family akan duduk asing-asing.

Asingla sangat. 

Aku kurang excited nak foodhunt sebab tempat ni dah banyak kali pergi masa kerja di Kolej Matrikulasi Selangor. Excited nak jumpa kawan-kawan yang lama sangat tak bersua muka. Dalam rekod paling lama ialah 21 tahun tak pernah jumpa. Kira last jumpa lepas amik result SPM 1995. Hoih lama!  

Oleh itu, takdela gambar makanan melainkan gambar kami bertujuh je la yang banyak pada hari tu. Tapi pada siapa yang belum pernah ke sini, aku cadangkan datanglah. Seronok sebab boleh main masak-masak. Kalau macam Amni dan kembar memang syiok sangat ah dapat merebus dan menggril macam-macam binatang. Sendiri. Independent gitu cuma kita perlu pantaulah sikit-sikit. 

Buffet pun ada jangan risau okay? Siap kambing golek menyambut di pintu masuk, nasi tomato, nasi berlauk, kuih muih dan macam-macam lagi lah. Teh tarik dia memang terbaik. Meleleh lak air liur mengenangkan teh tarik tersebut. Cisss...

Kalau ada anak kecil aku tak tau nak komen apa. Ikut pasangan maybe. Kalau species boleh bertoleransi, penyabar apa salahnya cari kelainan. Asyik cedok lauk, makan, cedok, makan, cedok, makan. Sesekali cedok, masak, tak masak-masak, air tak menggelegak lansung, (meja kamila tu). Meja lain awesome ja menggelegak kuah sup atau tomyamnya.

Tapalah, kan kata datang sini nak jumpa kawan lama kan kan kannnn?

Nasib juga bawa family, ada juga orang leh mintak tolong ketik gambar. 



Jenuh wooo nak buat gaya sebijik macam tahun 1995 ni. Berapa kali take. Tak jadi jadi. yang ini kira paling jadilah. Berpeluh-peluh ketiak masing-masing. Itu pun aku masih spoil tak berapa menjadi. Huhu 

Maka lengkaplah bertujuh kami ber reunion. Alhamdulillah dipermudahkan dan dilapangkan masa masing-masing untuk mengeratkan silaturrahim.

Friend till Jannah, Insha Allah

Doakan yang terbaik untuk kita semua. Bye...

No comments: